Memaparkan catatan dengan label Sarang Burung Walit (SBW). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sarang Burung Walit (SBW). Papar semua catatan

Sabtu, 24 Mac 2012

Kitaran Hidup

Telur burung layang-layang berwarna putih dan berbentuk bujur. Burung walit menghasilkan dua biji telur manakala burung layang-layang sarang hitam menghasilkan satu biji telur dalam satu tempoh pembiakan. Saiz telur burung layang-layang sarang hitam lebih besar berbanding walit. Jadual di bawah menerangkan bilangan dan saiz telur serta anggaran pengeraman bagi kedua-dua spesis burung layang-layang.

Telur Walit

SPESIS
BERAT DEWASA (gm)
SAIZ TELUR (mm)
BIL TELUR (no)

PENGERAMAN (Hari) 
PURATA ANGGARAN      
Layang-layang Sarang Hitam
14-21
25 x 16
1
24
21-27
Burung walit
10-15
20 x 14
2
25
19-32

Ahad, 18 Mac 2012

Sarang Burung

Kedua-dua burung layang-layang dan betina bekerjasama membuat sarang pada waktu malam. Sarang burung walit diperbuat daripada air liur sepenuhnya. Manakala sarang burung layang-layang sarang hitam diperbuat daripada air liur bercampur dengan bulu burung. Pasangan burung layang-layang ini mengambil masa sebulan untuk menyiapkan sarangnya.Sarang mereka berbentuk separuh piring dan kebiasaanya pembentukan sarang bergantung kepada musim (panas/sejuk) dan sumber makanan.

                Keadaan persekitaran seperti suhu dan kelembapan udara juga memainkan peranan penting dalam penghasilan sarang yang sempurna. Suhu yang tinggi dan penghasilan sarang yang sempurna. Suhu yang tinggi dan kelembapan yang rendah akan menyebabkan sarang mudah jatuh kerana terlalu kering. Tetapi jika suhu terlalu rendah dan kelembapan terlalu tinggi, sarang yang di hasilkan akan menjadi lembab dan mudah dijangkiti kulat.

Sarang Burung Layang-Layang Padi
Sarang Burung Walit
Sarang Burung Layang-layang Hitam

Ahad, 11 Mac 2012

Musim Pembiakan Walit

Burung layang-layang gua dan layang-layang sarang hitam mengawan di udara dan kebiasaannya mereka berpasangan seumur hidup. Burung layang-layang ini mengunakan strategi pembiakan multi-pengeraman di mana mereka akan bertelur seberapa banyak telur dan membesarkan seberapa banyak anak yang boleh dalam keadaan cuaca yang baik.
Telur Burung Walit

Burung Walit Mengawan
Jadual di bawah menunjukkan musim pembiakan bagi burung layang-layang dalam masa setahun. Musim pembiakan bagu burung walit ini bermula dari bulan Disember hingga November. Manakala bagi burung layang-layang sarang hitam, musimnya bermula daripada bulan Januari hingga Disember.

Burung Walit

JAN
FEB
MAC
APRIL
MEI
JUN
JULAI
OGOS
SEPT
NOV
DIS
JAN
FEB
MAC
APRIL
MEI
JUN
JULAI
OGOS
SEPT
NOV
DIS

Burung Layang-layang Sarang Hitam




Musim Pertama

Musim Kedua

Musim Ketiga


Jadual Pembiakan Burung Walit dan Burung Layang-layang Sarang Hitam.









Khamis, 8 Mac 2012

Penuaian Sarang Burung Walit

Bagi mengelakkan burung walit di dalam sesebuah rumah walit itu mengalami tekanan dan berhijrah ke rumah burung lain, seseorang pengusaha itu PERLU menitikberatkan langkah-langkah penuaian sarang burung yang sistematik dan berkala. Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

MERAH-BELUM BOLEH DITUAI
KUNING-HAMPIR UNTUK DITUAI
HIJAU-BOLEH DITUAI

Penuaian hendaklah dilakukan pada sarang burung yang mempunyai pelekat yang berwarna hijau dan ia hendaklah dilakukan pada 10.00 pagi sehingga 2.00 petang. Penuaian yang dilakukan di awal pagi dan lewat petang boleh menyebabkan burung walit takut untuk masuk ke rumah burung. 

Penuaian hendaklah mengunakan peralatan yang sesuai seperti SCRAPER dan pengusaha hendaklah memastikan sekali lagi bahawa sarang yang hendak dituai itu benar-benar kosong dan anak burung walit telah terbang dan meninggalkan sarangnya.

 Pengusaha rumah burung hendaklah menetapkan 50% penuaian sarang daripada jumlah keseluruhan sarang burung  yang terdapat dalam rumah burungnya. Kaedah ini adalah untuk memastikan bukan semua burung walit mengalami stress akibat penuaian sarang. 

Elakkan penuaian sarang burung yang dibuat oleh sarang walit muda atau yang baru digunakan untuk kali pertama untuk membiak. Ini adalah untuk mengelakkan burung itu mengalami tekanan dan meninggalkan rumah walit tersebut.

Sarang yang telah dituai hendaklah disimpan di dalam plastik kedap udara agar sarang tersebut tidak tercemar dengan kelembapan dan kekotoran. Ianya akan bertahan bertahun-tahun lamanya selagi tidak dicemari oleh air.


Ahad, 4 Mac 2012

Pemasaran SBW

Buat masa kini, kesemua sarang burung walit mentah dijual kepada orang tengah atau peraih dan mereka seterusnya mennghantar sarang-sarang tersebut ke Indonesia untuk di proses dan dieksport semula ke luar negara mereka. Ada juga peraih tempatan padaketika ini, kebanyakkan berbangsa cina, mengeksport SBW mereka melalui Singapura dan ada juga terus membuat dagangan ke Hong Kong.

Harga belian di peringkat seorang pembeli di negeri Teregganu bagi sarang burung walit mentah untuk sekilogram adalah seperti berikut:.
Gred A: RM 4,050.00
Gred B: RM 3,400.00
Gred C: RM 2,100.00


SEJARAH PERGERAKAN HARGA WALIT

BIL
TAHUN
HARGA RM (1 KG)
MAKLUMAT TAMBAHAN
1
1960
71.20
PURATA
2
1970
134.80
PURATA
3
1980
320.50
PURATA
4
1990
900.00
PURATA
5
1994
6,454.00
PURATA
6
1999
6,000.00
PURATA
7
2001
4,566.00
PURATA
8
2009
5,100.00
GRED SUPER A
9
2010
4,800.00
GRED AB (BERSIH)

Pembeli utama di Hong Kong lebih berminat membeli SBW mentah berbanding dengan yang telah di cuci dan di proses. Pembeli di sana amat meragui SBW yang siap di proses atas kebimbangan pengunaan bahan kimia di dalam proses pembersihannya.Bagi kepastian kualiti dan ketulinan produk, mereka membeli SBW yang mentah dan melakukan pemprosesan sendiri di Hong Kong ataupun China.

Harga sarang burung walit yang telah dicuci dan diproses boleh mencecah RM12,000 sekilogram.

Bagi mereka yang baru memulakan bidangusaha ini, kemungkinan menghadapi masalah hendak menjual SBW mereka. Tetapi setelah berkawan dengan rakan-rakan setempat yang sudah lama berkecimpung di dalam bidang usaha ini akan memudahkan penjualan. Temu bual saya dengan pengusaha walit bumiputera di Kuala Terengganu, kesemuanya mengatakan tidak mempunyai masalah untuk menjual hasil tuaian sarang burung walit mereka kerana mereka sudah arif tentang kedai dan lokasi jualan.

Ada juga pengusaha yang memasarkan hasil SBW mereka mengikut aliran seperti berikut:

   PENGUSAHA -> PENGUMPUL/PERAIH-> PENCUCIAN SARANG -> EKSPORT

Terdapat juga mereka yang membeli dan mengumpul SBW juga mencuci sarang burung walit tersebut kemudian mengeksport komoditi ini ke luar negara. Saya di fahamkan upah mencuci setiap keping sarang burung walit ini ialah RM8.00. Pihak tertentu ada menyediakan kursus mengenai tujuan ini.

Perbandingan Kandungan SBW dengan Makanan lain Untuk Setiap 100g

Berikut adalah perbandingan kandungan nutrisi SBW dan makanan yang lain.

KANDUNGAN
SBW
SUSU
LEMBU
AYAM
TELUR
Kalori (Kal)
281
336
273
302
162
Protein (g)
37.5
8.2
19.6
18.2
12.8
Lemak (g)
0.3
10
22
25
11.5
Karbohidrat (g)
32.1
55
0
0
0.7
Kalsium (mg)
485
275
10
14
54
Phosporan (mg)
18
229
150
200
180
Zat Besi (mg)
3
0.2
2.7
1.5
2.7
Vitamin A(SI)
0
510
0
810
900
Vitamin B (mg)
0
0.05
0.02
0.08
0.1
Vitamin C (mg)
0
1
0
0
0
Air (g)
24.5
25
60
7
74
(Sumber: Hary K Nugroho dan Arief Budiman, 2009)

Khamis, 23 Februari 2012

Mengenali Asal Usul Sarang Burung


Sejak dari dulu lagi, sarang burung adalah satu pemakanan yang ekslusif untuk golongan Di Raja di negara China. Ia juga di anggap sebagai makanan berkhasiat untuk di makan oleh golongan yang berkemampaun kerana harga sarang burung adalah tinggi mengikut grednya masing-masing.

Permakan sarang burung walit ini sebagai makanan tambahan (Food Supplement) telah di amalkan oleh kaum Cina sejak tahun 700 sebelum masihi. Dalam Jurnal Bulana Mingpao.. Volume 231(1985) artikel yang bertajuk "Yan Wo Kao" yang bermaksud "Sejarah Sarang Burung" di nyatakan masyarakat Cina mengamalkan pengambilan sarang burung semenjak Zaman Dinasti Ming (1368-1644). Ia merupakan bukti terawal yang di rekodkan tentang penemuan ini.

Perdagangan sarang burung walit dari Asia Tenggara ke negeri China telah di lakukan sejak abad ke-14 lagi. Permintaan yang tinggi terhadap sarang burung walit adalah berkait rapat dengan khasiatnya. Kesukaran untuk mendapatkan bekalan sarang burung walit menyebabkan ia mempunyai nilai komersial yang tinggi dan hanya golongan bangsawan mampu memdapatkannya.

Di zaman pemerintahan Dinasti Qing, masakan daripada sarang burung walit telah menjadi makanan "wajib" dalam menu  masakan kerajaan. Beberapa resepi masakan dari sarang burung walit terdapat dalam menu masakan ekslusif masyatakat Cina. Mereka percaya bahawa sarang burung walit sangat baik untuk kesihatan dan daya tahan tubuh badan. Malah Maharaja dan Maharani Cina menjadikan sarang burung walit sebagai sarapan pagi merekademi menjaga kesihatan dan mengekalkan kecantikan. Ia adalah simbol kemewahan dan menjadi santapan golongan bangsawan. Nilai dan khasiatnya yang tinggi telah menjadikan sarang buung walit sebagai simbol kekuasaan dan kemegahan.



Manfaat Pemakanan Sarang Burung Walit


Kajian perubatan China di Beijing mendapati sarang burung walit menjadikannya agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga menjadi agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung walit bermanfaat sebagai:
  1.  Zat kolegen terkandung dalam setiap sarang burung walit dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.
  2. Sarang burung walit dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga adalah nutrisi bagus untuk paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.
  3. Pengambilan sarang burung walit ketika kehamilan dapat mengurangkan rasa sakit pada punggung, memperkuatkan paru-paru bayi kandungan. Juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan setelah melahirkan.
  4. Untuk wanita, pemakanan teratur dapat meningkatkan metabolisma, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.
  5. Untuk orang tua, pemakanan secara teratur meguatkan urat dan tulang serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.
  6. Untuk kanak-kanak, sarang burung dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru-paru.
  7. Dipilih sebagai makanan yang amat baik kepada para perokok selain dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin dan mencegah serangan barah.

Khasiat Sarang Burung Walit tidak di ragui lagi
Kandungan Zat dalam SBW

BIL
ZAT MAKANAN
KANDUNGAN (%)
1
Protein
50.8
2
Carbohidrat
13.8
3
Lemak
0.9
4
Abu
11.1
5
Serat Kasar
0.29
6
Air
19.9

Apabila kita melihat kembali kandungan asid amino asid di dalam SBW, ternyata ia mengandungi 7 daripada 10 essential amino asid yang diperlukan oleh manusia. 

Amino asid semi-essentials pula merupakan amino asid yang tidak berapa mustahak yang ada pada sesuatu makanan tetapi kehadiranya menjdaikan protein berkenanan lebih berkualiti.

Garam galian yang terdapat di dalam SBW termasuklah ferum, magnesium, potassium, zinc, copper, kalsium, dan phosporus.
      



Khasiat Sarang Burung Walit

Sejak dulu lagi, khasiat sarang burung layang-layang/walit didapati mempunyai dua nilai pemakanan tinggi yang sangat unik dan aktif iaitu faktor stimulasi mikrogenik. Kedua-dua faktor itu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta di katakan menjadi punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus.

Selain membekalkan kecantikan pada kulit, sarang burung itu juga membuktikan ia sangat berkhasiat kerana mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan dalaman, khasnya melancarkan sistem aliran darah dengan lebih lancar.

Melalui kajian dan ujian makmal sarang burung mengandungi nutrien dan garam mineral yang mudah diserap oleh tubuh badan manusia seperti di bawah:

  •       glikoprotein
  •        kalsium
  •        zat besi
  •        fosforus
  •        iodin

Pengambilan sarang burung dalam jangka panjang adalah ketahan terbaik terhadap penuaan, manakala unsur protein aktif dalam sarang burng turut merangsang pembesaran sel dalam sel imunisasi, lantas menguatkan imuniti badan dalam melawan penyakit.

Sarang burung juga sesuai bagi wanita hami kerana ia memberi faedah kepada ibu dan bayi. Ini amat jelas berikutan bayi yang dilahikan akan memiliki kulit yang sabgta cerah lagi halus, serta fungsi bafan yang lebih kuat berbanding bayi yang lain dan juga pulih lebih cepat selepas melahirkan.

Campuran Sarang Burung dan Herba

Secara lazimnya, manfaat sarang burung itu boleh dinikmati melalui hidangan yang disediakan bergantung kepada cita rasa tersendiri untuk menambah kenikmatan ketika menjamu. 


Laicikang yang di campur dengan sarang burung.