Khamis, 23 Februari 2012

Mengenali Asal Usul Sarang Burung


Sejak dari dulu lagi, sarang burung adalah satu pemakanan yang ekslusif untuk golongan Di Raja di negara China. Ia juga di anggap sebagai makanan berkhasiat untuk di makan oleh golongan yang berkemampaun kerana harga sarang burung adalah tinggi mengikut grednya masing-masing.

Permakan sarang burung walit ini sebagai makanan tambahan (Food Supplement) telah di amalkan oleh kaum Cina sejak tahun 700 sebelum masihi. Dalam Jurnal Bulana Mingpao.. Volume 231(1985) artikel yang bertajuk "Yan Wo Kao" yang bermaksud "Sejarah Sarang Burung" di nyatakan masyarakat Cina mengamalkan pengambilan sarang burung semenjak Zaman Dinasti Ming (1368-1644). Ia merupakan bukti terawal yang di rekodkan tentang penemuan ini.

Perdagangan sarang burung walit dari Asia Tenggara ke negeri China telah di lakukan sejak abad ke-14 lagi. Permintaan yang tinggi terhadap sarang burung walit adalah berkait rapat dengan khasiatnya. Kesukaran untuk mendapatkan bekalan sarang burung walit menyebabkan ia mempunyai nilai komersial yang tinggi dan hanya golongan bangsawan mampu memdapatkannya.

Di zaman pemerintahan Dinasti Qing, masakan daripada sarang burung walit telah menjadi makanan "wajib" dalam menu  masakan kerajaan. Beberapa resepi masakan dari sarang burung walit terdapat dalam menu masakan ekslusif masyatakat Cina. Mereka percaya bahawa sarang burung walit sangat baik untuk kesihatan dan daya tahan tubuh badan. Malah Maharaja dan Maharani Cina menjadikan sarang burung walit sebagai sarapan pagi merekademi menjaga kesihatan dan mengekalkan kecantikan. Ia adalah simbol kemewahan dan menjadi santapan golongan bangsawan. Nilai dan khasiatnya yang tinggi telah menjadikan sarang buung walit sebagai simbol kekuasaan dan kemegahan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan