Memaparkan catatan dengan label Produk Sarang Burung Walit (SBW). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Produk Sarang Burung Walit (SBW). Papar semua catatan

Khamis, 23 Februari 2012

Mengenali Asal Usul Sarang Burung


Sejak dari dulu lagi, sarang burung adalah satu pemakanan yang ekslusif untuk golongan Di Raja di negara China. Ia juga di anggap sebagai makanan berkhasiat untuk di makan oleh golongan yang berkemampaun kerana harga sarang burung adalah tinggi mengikut grednya masing-masing.

Permakan sarang burung walit ini sebagai makanan tambahan (Food Supplement) telah di amalkan oleh kaum Cina sejak tahun 700 sebelum masihi. Dalam Jurnal Bulana Mingpao.. Volume 231(1985) artikel yang bertajuk "Yan Wo Kao" yang bermaksud "Sejarah Sarang Burung" di nyatakan masyarakat Cina mengamalkan pengambilan sarang burung semenjak Zaman Dinasti Ming (1368-1644). Ia merupakan bukti terawal yang di rekodkan tentang penemuan ini.

Perdagangan sarang burung walit dari Asia Tenggara ke negeri China telah di lakukan sejak abad ke-14 lagi. Permintaan yang tinggi terhadap sarang burung walit adalah berkait rapat dengan khasiatnya. Kesukaran untuk mendapatkan bekalan sarang burung walit menyebabkan ia mempunyai nilai komersial yang tinggi dan hanya golongan bangsawan mampu memdapatkannya.

Di zaman pemerintahan Dinasti Qing, masakan daripada sarang burung walit telah menjadi makanan "wajib" dalam menu  masakan kerajaan. Beberapa resepi masakan dari sarang burung walit terdapat dalam menu masakan ekslusif masyatakat Cina. Mereka percaya bahawa sarang burung walit sangat baik untuk kesihatan dan daya tahan tubuh badan. Malah Maharaja dan Maharani Cina menjadikan sarang burung walit sebagai sarapan pagi merekademi menjaga kesihatan dan mengekalkan kecantikan. Ia adalah simbol kemewahan dan menjadi santapan golongan bangsawan. Nilai dan khasiatnya yang tinggi telah menjadikan sarang buung walit sebagai simbol kekuasaan dan kemegahan.



Manfaat Pemakanan Sarang Burung Walit


Kajian perubatan China di Beijing mendapati sarang burung walit menjadikannya agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga menjadi agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung walit bermanfaat sebagai:
  1.  Zat kolegen terkandung dalam setiap sarang burung walit dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.
  2. Sarang burung walit dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga adalah nutrisi bagus untuk paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.
  3. Pengambilan sarang burung walit ketika kehamilan dapat mengurangkan rasa sakit pada punggung, memperkuatkan paru-paru bayi kandungan. Juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan setelah melahirkan.
  4. Untuk wanita, pemakanan teratur dapat meningkatkan metabolisma, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.
  5. Untuk orang tua, pemakanan secara teratur meguatkan urat dan tulang serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.
  6. Untuk kanak-kanak, sarang burung dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru-paru.
  7. Dipilih sebagai makanan yang amat baik kepada para perokok selain dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin dan mencegah serangan barah.

Khasiat Sarang Burung Walit tidak di ragui lagi
Kandungan Zat dalam SBW

BIL
ZAT MAKANAN
KANDUNGAN (%)
1
Protein
50.8
2
Carbohidrat
13.8
3
Lemak
0.9
4
Abu
11.1
5
Serat Kasar
0.29
6
Air
19.9

Apabila kita melihat kembali kandungan asid amino asid di dalam SBW, ternyata ia mengandungi 7 daripada 10 essential amino asid yang diperlukan oleh manusia. 

Amino asid semi-essentials pula merupakan amino asid yang tidak berapa mustahak yang ada pada sesuatu makanan tetapi kehadiranya menjdaikan protein berkenanan lebih berkualiti.

Garam galian yang terdapat di dalam SBW termasuklah ferum, magnesium, potassium, zinc, copper, kalsium, dan phosporus.
      



Khasiat Sarang Burung Walit

Sejak dulu lagi, khasiat sarang burung layang-layang/walit didapati mempunyai dua nilai pemakanan tinggi yang sangat unik dan aktif iaitu faktor stimulasi mikrogenik. Kedua-dua faktor itu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta di katakan menjadi punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus.

Selain membekalkan kecantikan pada kulit, sarang burung itu juga membuktikan ia sangat berkhasiat kerana mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan dalaman, khasnya melancarkan sistem aliran darah dengan lebih lancar.

Melalui kajian dan ujian makmal sarang burung mengandungi nutrien dan garam mineral yang mudah diserap oleh tubuh badan manusia seperti di bawah:

  •       glikoprotein
  •        kalsium
  •        zat besi
  •        fosforus
  •        iodin

Pengambilan sarang burung dalam jangka panjang adalah ketahan terbaik terhadap penuaan, manakala unsur protein aktif dalam sarang burng turut merangsang pembesaran sel dalam sel imunisasi, lantas menguatkan imuniti badan dalam melawan penyakit.

Sarang burung juga sesuai bagi wanita hami kerana ia memberi faedah kepada ibu dan bayi. Ini amat jelas berikutan bayi yang dilahikan akan memiliki kulit yang sabgta cerah lagi halus, serta fungsi bafan yang lebih kuat berbanding bayi yang lain dan juga pulih lebih cepat selepas melahirkan.

Campuran Sarang Burung dan Herba

Secara lazimnya, manfaat sarang burung itu boleh dinikmati melalui hidangan yang disediakan bergantung kepada cita rasa tersendiri untuk menambah kenikmatan ketika menjamu. 


Laicikang yang di campur dengan sarang burung.



Hukum Makan Sarang Burung Walit

Hukum memakan sarang burung walit telah lama di perdebatkan dan sering menjadi isu hangat di kalangan pengguna-pengguna yang ingin mencuba produk berasaskan sarang burung walit. Tetapi ramai yang masih belum tahu dan ragu akan status dan hukum memakan sarang burung walit ini samada ia di jadikan sebagai hidangan sup, minuman, produk kecantikan dan sebagainya.

"Muzakarah Majlis Fatwa kebangsaan bagi hal Ehwal Ugama Islam ke 79 yang bersidang pada 6-8 September 2007 telah membincangkan hukum memakan sarang burung layang-layang adalah harus."

Sila ke link di bawah untuk sebarang maklumat lanjut dan kepastiaan.

Diharapkan, dengan adanya maklumat seperti di atas, pengguna-pengguna terutamanya yang beragama Islam tidak ragu lagi dengan pemakanan yang berasaskan sarang burung walit.

Ahad, 19 Februari 2012

Perkhidmatan Produk Sarang Burung Walit (SBW)

Kami menawarkan beberapa jenis produk dan juga perkhidmatan jualan berasaskan sarang burung walit. Antaranya ialah:

*Jual beli sarang burung
* Sambal rojak madu sarang burung.
*Minuman air sarang burung.
*Alatan speakaer bangunan walit.
*Suara luar & dalam walit.
*Alatan sistem uji walit.
*Papan sirip bangunan walit.
*Papan meranti bangunan walit.
*Sistem audio walit.
*Alatan memcuci sarang burung
*Sarang tiruan bagi bangunan baru.
* Dan banyak lagi.


Sarang Burung siap di packaging.
Sarang Burung Walit
Sambal Rojak Madu Sarang Burung Walit.
Minuman Air Sarang Burung Walit.
Sarang Burung Walit belum di proses
Cd Suara Burung Luar & Dalam
Peralatan sistem dan audio bangunan walit

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi kami di talian:
                                    -0173113074/0176677067 (Jasmin Jasin) 
                             -0135314096 (Suzenn Jasmin) 
         atau emailkan ke : agwalittrainingcentre@yahoo.com