Khamis, 26 Julai 2012

RAHSIA BILIK GELAP DI ATAS LOTENG



Dalam usaha saya untuk mengalakkan orang Melayu supaya terlibat di dalam bidangusaha peternakan burung walit, gambar berikut merupakan salah satu daripada gambar-gambar yang saya tunjukkan kepada peserta.
Pemilik rumah ini bertekad untuk berbuat sesuatu di bahagian atas siling rumah ini, selepas menghadiri satu kursus peternakan burung walit di Pulau Pinang. Hanya beliau sahaja peserta tungal kursus berkenaan.


Beliau membuat pengubahsuaian ruang di atas loteng ini dengan kos sebanyak RM9,000.00 sahaja. Setelah siap di dapati suhu di dalam bilik ini sekitaran 30 selsius pada waktu siang.


Perhatikan kedudukan serombong dan lubang masuk walit. Kedudukan ini disifatkan sebagai "walit masuk bangunan tidak mengikut pusingan jam".


Sedikit-sebanyak cerita beliau, memulakan pengubahsuaian pada tahun 2006 dan mula membuat panggilan pada tahun yang sama iaitu pada bulan Ogos. Walit mula memasuki bilik ini selepas 2 minggu membuat pemanggilan. Pada tahun yang sama pada bulan November sudah terdapat 3 biji sarang.


Beliau mula mengutip dan menjual sarang pada tahun 2007. Jualan pertama melibatkan 3 biji sarang sahaja dengan harga RM24.00. Pada bulan Mie tahun yang sama beliau membuat kutipan kedua dan menjualnya dengan harga RM100.00. Berikutnya beliau membuat kutipan sarang sebanyak 6 kali dalam setahun, yang melibatkan bulan April, Mei, Julai, Ogos, Oktober dan November.


Purata pendapatan beliau pada tahun 2010, dan dengan kadar harga di masa berkenaan, ialah sebanyak RM500.00 sebulan. Ini sudah merupakan satu pendapatan tambahan yang baik bagi keluarga ini. Jangkaan beliau bilik gelap ini  mampu memberikan hasil sebanyak 2 Kg pada setiap kali pungutan dibuat.


Kerja-kerja pembersihan dan nyah serangga dibuat sekali dalam tempoh 2 bulan.


Berikut adalah rajah bilik gelap ini serta ukuranya.
Dari sudut teorinya agak mustahil bilik serendah ini sesuai untuk burung walit, terutamanya bagi anak-anak walit yang hendak memulakan penerbangan. Daripada pengalaman rumah pengusaha ini, nampaknya itu tiada masalah dan rumah ini terus didiami walit dan bersarang.


Seterusnya saya paparkan beberapa gambar di dalam bilik berkenaan untuk kefaham kita semua.

Berikut pula beberapa gambar di bahagian lantai dan dalam rumah pengusaha. Perhatikan bilik gelap ini berlantaikan tikar getah bagi menghalang habuk serta kotoran walit tiris ke dalam rumah kediaman pengusaha. Perhatikan juga botol air, sebagai usaha beliau untuk meningkatkan kelembapan di dalam bilik berkenaan.


Berikut pula bahagian luran bilik ini, bermula dengan pintu masuk ke bilik dan gambar ruang tamu di mana di atasnya ialah bilik gelap yang digambarkan sebelum ini.

Sehingga kini saya dimaklumkan tiada sebarang masalah dengan kesihatan ahli keluarga pengusaha. Bagi walit pun nampaknya tiada masalah dengan kegiatan atau aktiviti keluarga di dalam rumah ini.


Aplikasi terbaharu konsep ini adalah lebih kemas dan mantap. Lihat gambar berikut, juga bilik gelap di atas loteng. Juga penting bagi anda perhatikan, apakah mustahil bagi pinjaman perumahan rumah ini dijelaskan oleh walit??
Renung-renungkan lah..
Sekian untuk kali ini. Saya berharap anda telah belajar sesuatu darpada penulisan kali ini.

Dr Azizol Mohd Sharun/PERUNDING INDUSTRI WALIT/PENCERAMAH & PENASIHAT AWTC

Isnin, 23 Julai 2012

RUMAH WALIT BERSEKEDUDUKAN 2??JOM BACA...

RUMAH KEDIAMAN BERSEKEDUDUKAN DENGAN WALIT??BOLEH KE KITA BUAT??
JOM KITA SAMBUNG CERITA HARI ITU..

Disini kami paparkan lagi gambaran-gambaran rumah walit BOLEH DIBINA BERSAMA RUMAH KEDIAMAN.Ini buktinya.Kepada pengusaaha baru jangan ragu-ragu untuk mencuba perusahaan ini kerana hanya boleh dibina bersama kediaman anda.Jika ada ruang @ bilik2x tinggal yang tidak digunakan,kita jadikan bilik burung bagi menambahkan pendapatan keluarga.

Tiada yang pelik...

JANGAN kita biarkan rumah-rumah tinggal kita dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang pulangan malahan memberi peluang PENANGIH-PENANGIH DADAH menjadikan rumah2x tinggal sebagai melepaskan gian.Kita ubahsuaikan sidikit dan jadikan rumah burung bagi mendapatkan pendapatan sampingan...





Ini hasilnya..kalau tak buat bagaimana nak dapatkan rezeki sebegini jd kepada mereka-mereka yang masih tertanya-tanya jawapanya telah ada di blog kami.Jangan berlengah lagi,walaupun berlaku penurunan harga tetapi ia masih menguntungkan kita.Kos bulanan kita kurang dari RM 50.00 sahaja dan hanya sekali pelaburan dan pendapatan yang berpanjangan.Jangan hanya menungu orang lain berjaya baru kita nak buat!!RUGI masa nanti..Selamat berkongsi ilmu dari kami...

Sekian... Ag Walit Training Centre

Sabtu, 21 Julai 2012

RUMAH BURUNG BERSEKEDUDUKAN DENGAN RUMAH KEDIAMAN??JOM KITA TENGOK APA CERITA SETERUSNYA...

JOM KITA LIHAT,TIADA ALASAN RUMAH BURUNG TIDAK BOLEH DIBINA @ BERSEKEDUDUKAN DENGAN KEDIAMAN KITA.

Disini kami paparkan beberapa koleksi gambar-gambar kami dimana,tiada alasan untuk kita membina2mengubahsuaikan sebahgian kediaman yang tidak digunakan untuk kita jadikan rumah burung bagi menambah pendapatan kita sekeluarga.Sebagai masyarakat bumiputera haruslah mengambil peluang ini walau sebesar bilik tidur untuk diubahsuai menjadikan bilik burung.Kita hanya bermodalkan sekali sahaja dan pendapatan untuk jangka panjang.Dari sekecil2x bangunan kita boleh besarkanya kemudian hari dengan hasil jualan sarang.Kebanyakan rumah burung ini bercamtum dengan rumah kediaman.Dari pengalaman-pengalaman pengusaha,tiada masaalah ketara dari segi kesihatan,kecurian dan sebagainya,setakat ini Allhamdulilah.Bayak lagi koleksi2x kami,akan kami paparkan dilain topik,semoga apa yang kami paparkan ini memberi 1 gambaran yang baik kepada semua pembaca.






Sekian...

PERCAYA @ TIDAK BERMODAL RM 600 BUAT RUMAH BURUNG MENDAPAT PENDAPATAN LUMAYAN

 BERMODAL RM 600 BOLEH BUAT RUMAH WALIT???JOM KITA TENGOK!!!

Kesinambungan kisah En Musa Bin Awang dari Merchong Pekan Pahang.Last cerika kita hari tu,kotak sirip yang dibina oleh beliau dengan menggunakan papan-papan tender sekolah.Beliau memasang sendiri speker dan wiring dilakukan bersama dengan anak saudaranya.Sistem audio ketika itu mengunakan cakera CD.Beliau hanya menggunakan 1 player sahaja untuk suara dalam dan luar,pada masa itu 2 keping CD dijual dengan harga RM500.00.

Bilik walit bersebelahan dengan BILIK MASAK dan dinding pemisah yang tiada berplaster,bermakna bauan minyak masak masuk ke dalam bilik yang dicadangkan untuk walit.TETAPI kami tiada pilihan dan meneruskan juga rancangan.TAPI nampaknya walit terus BERKEMBANG SEHINGGA KE HARI INI.Beliau tidak mengunakan tinja walit di awal pengoperasian premis pada ketika itu memang susah untuk mendapatkan tinja walit.


Bilik tidur yang tidak digunakan menjadi bilik burung dan meraih pendapatan yang lumayan.

Beliau menjual sarang kepada seorang Tionghwa.Beliau kumpul kutipan sarang 3 bulan baru jual sekali.Pengalaman beliau rumah setelah setahun,kutip dan kumpul 3 bulan mendapat 1.7KG dan peraih dijual dengan harga RM5,000.00 ketika itu kerana terdapat banyak sarang sudut.



Beliau kini sedang membesarkan hasil rumah burung yang bercamtum dengan kediaman.Anda percaya??Dari bilik tidur yang tidak digunakan,membuahkan hasil sehingga sebesar ini bangunan hanya bermodalkan RM7,000.00 sahaja modal membesarkanya.

Nasihat beliau kepada pengusaha baru @ lama,kalau ada modal dan tanah JANGAN BERLENGAH,buatlah rumah burung walit.BERSABAR DAN JANGAN TERBURU2X untuk mendapatkan hasil.Projek ini adalah jangka panjang.Kalau nasib kita baik,INSYAALLAH cepat berhasil.Kenelah banyak bersabar dan jangan kerap masuk ke dalam premis kita.


Ini hasilnya!!!Bilik tidur yang dijadikan bilik burung...

Sekian...Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami 013-5314096

Khamis, 19 Julai 2012

SAMBUNGAN PENGUSAHA WALIT BERJAYA YH TENGKU RAZALI B TENGKU HJ HASSAN

PENGUSAHA WALIT BUMIPUTERA YANG BERJAYA 
YH TENGKU RAZALI B TENGKU HJ HASSAN

Bersambung..Tengku Razali menceritakan,semasa beliau masih berniaga,dikedai ini singgahlah seorang anak muda dan bercerita mengenai walit dan beliau mencadangkan kalau buatrumah burung dilokasi rumah memang bagus.Pemuda ini pernah membeli sarang dikawasan tersebut.Pemuda tersebut juga mencadangkan dalaman rumah burung mengunakan kayu meranti putih yang terdapat pada kotak barang dan paku kedinding sekeliling dalam bangunan sahaja.Sirip tengah pada masa itu,tiada.Walit masuk mengunakan lubang tepi dan beliau membuat pemerhatian selalu,sehingga 3 bulan dan sebanyak 300 ekor walit telah masuk kedalam rumah walit beliau bina.


Rumah kediaman bersebelahan rumah burung beliau.


En Jasmin Jasin bersama Tengku Razali semasa membuat tinjauan kelokasi beliau dan merupakan sahabat dalam pengusahaan sarang burung walit ini dan sering berkongsi pengalaman serta ilmu

Suara memanggil serta dalam,beliau hanya mengunakan perakan kaset dengan harga RM50.00 daripada kawan beliau di Johor.Pemasangan spearker dan wiring beliau melakukan sendiri.Beliau mengunakan polistreen sebagai sarang tiruan untuk menarik minat burung walit..Ketika itu beliau tidak mengunakan tinja walit kerana bangunan lama dan tidak berbaur simen @ cat.Melihat persaingan telah banyak,beliau sarankan eloklah diletakan tinja walit didalam premis semasa memulakan operasi memikat.

Sarang mula dikesan seawal 2 bulan.Beliau menjual sarang kepada orang cina di Nenasi kerana kenal dengan beliau.Lingkungan tahun 1989 sarang dijual dengan harga RM 7000.00 secara pukal sekilogram dan tiada gread pada ketika itu.

Rumah walit yang telah siap dibina sekarang di Badong,dimana menggandingkan rumah lama dengan baru.Dalam satu bangunan ada dua rumah walit yang berasingan.

Rumah asal yang berukuran 80' x 20" selepas setahun ada 300 sarang,malangya telah dicuri sebanyak 2 kali.Dalam tempoh 2 tahun itu hasil kutipan sebanyak RM 20,000.00.


Pendapatan beliau kini sangat memberangsangkan.


Beliau bersama dengan hasil sarang yang dituai setiap bulan

Ubahsua bangunan asal menjadikan rumah walit beliau bersaiz 45' x 80' setinggi 3 tingkat dan yang TERBESAR DI ROMPIN.SEKIAN...

SEBARANG PERTANYAA BOLEHLAH HUBUNGI KAMI DITALIAN 
O13-5314096 / 017-3113374


ANDA PERCAYA??BERMODALKAN RM600 RUMAH WALIT MAMPU DIMILIKI?KINI JAWAPANYA,BERDASARKAN PENGALAMAN PENGUSAHA

MODAL MEMBINA RUMAH BURUNG HANYA RM600 SAHAJA.
PENGALAMAN SELAMA 6 TAHUN 

Beliau merupakan seorang penjual ikan sebagai pekerjaan sepenuh masa pada masa itu.Beliau ialah En Musa Bin Awang,Merchong,Pekan Pahang.Beliau mula terlibat dengan bidangusaha ini pada tahun 2006.Rumah walit beliau terdiri daripada 2 buah BILIK DI DALAM RUMAH KEDIAMAN BELIAU SENDIRI.Saiz kedua-dua bilik sebesar 13' x 23' setingkat sahaja dan setinggi 11.5' sahaja.Satu bilik sahaja yang digunakan untuk walit bersarang sebesar 13' panjang da 13' lebar.

Beliau mula tanpa asas serta ilmu dan pengalaman yang kukuh tetapi beliau berpandukan KEYAKINAN DAN KESUNGGUHAN anak sedara yang satu ketika dahulu pernah bekerja dengan orang cina.Anak sedara melakukan pemanggilan walit di premis beliau dan beliau mendapati banyak burung dan terus memnbuat RENOVASI DUA BILIK yang tidak digunakan dengan modal RM 500 ke RM 600 sahaja.

 Rumah burung,kini dalam proses pembinaan untuk besarkan saiz.Kalau kita lihat,rumah burung beliau bercantum dengan rumah kediaman, dimana asal rumah burung 
DI DALAM RUMAH beliau.


Pandangan sisi rumah kediaman beliau.

Semasa proses pengubahsuaian bilik,kayu sirip jenis beruti 2' x 4' bukan papan sirip 1' x 6' daripada kayu jenis balau dan bercampur dengan lain-lain kayu.Kayu2x yang diperolehi hanya daripada bangunan sekolah lama yang telah dibuka,melalui proses tender.Masa sekaranglah,bukan burung yang pilih PAPAN TETAPI TUANYA yang membuat pilihan.

Kotak sirip dibina berukuran 18" x 4' daripada kayu lama.KINI terdapat sebanyak 18 ke 25 biji sarang dalam setiap satu-satu kotak.Bermakna kayu2x lama sesuai digunakan dalam pembinaan rumah walit.

BERSAMBUNG!!! Ingin ketahui kesudahan Pengusaha ini,JANGAN LUPA LAYARI BLOG    AG WALIT TRAINING CENTRE



PENGUSAHA WALIT BUMIPUTERA YANG BERJAYA

YH Tengku Razali Bin Tengku Hj Hassan 
Berpengalaman Selama 21 Tahun Dalam Industri Walit 

Salam kepada pembaca blog AWTC dan ribuan terima kasih kerana sudi melayari blog kami.Disini kami ingin berkongsikan beberapa Pengusaha Bumiputera yang telah lama berkecimpung dalam industri walit ini.

Beliau terlibat dengan bidangusaha walit ini pada tahun 1989.Sehingga kini 22 tahun dalam bidang walit ini.Pada ketika itu tiada orang mengusahakan di kawasan tempat beliau.Apabila beliau menunjukan sarang kepada orang cina ,mereka berasa heran, bertanya dimana beliau mendapatkanya."ORANG KATA TENGKU RAZALI GILA!!KERANA BUAT RUMAH DAN PANGGIL BURUNG TINGGAL".

Rumah Burung asal seperti yang terdapat dalam gambar ini dimana rumah kediaman bersebelahan dengan rumah burung beliau.Pada tarikh gambar ini diambil proses membesarkan bangunan walit beliau.


Rumah walit beliau pada ketika itu bersaiz 16' x 60' berkembar dengan rumah kediaman beliau dan setingkat sahaja.Lokasi rumah tersebut ialah PEKAN NENASI,PEKAN PAHANG dan berhampiran dengan Jambatan sungai Nenasi sedia ada.Beliau ketika itu berkerja dengan Kementerian Kesihatan dan masa yang sama beliau berniaga kedai makan.Ramai pelanggan beliau berkata kedai beliau berhantu.Beliau mengambil tukang masak Thailand selalu mengalami masaalah pekerja dan akhirnya terpaksa tutup..


Rumah burung yang telah dibesarkan kemudian dari hasil jualan sarang burung sebelum ini.


BERSAMBUNG!!  Jika Anda Ingin Ketahui Cerita Seterusnya, JANGAN LUPA MELAYARI BLOG 
AG WALIT TRAINING CENTRE

Rabu, 18 Julai 2012

PRODUK ZEOLITE UNTUK RUMAH BURUNG WALIT


Mini MAHA Negeri Sembilan telah di adakan baru-baru ini antara 25hb hingga 30hb Jun, 2012. Ia diadakan di tapak pamiran Paroi. Saya berkesempatan untuk melawat pamiran kali ini dan saya lakukan pada 26hb Jun.

Amnya, pamiran kali ini lebih baik dan tersusun. 

Bagi JPV Negeri Sembilan nampaknya mereka memberikan tumpuan kepada haiwan kesayangan. Terdapat sebuah klinik rawatan dan pembedahan haiwan kesayangan disediakan untuk orang ramai. Taman Haiwan berkonsepkan petting zoo juga turut di adakan.

Saya dimaklumkan bagi industri walit, hanya terdapat tiga syarikat pembekal perkhidatan dan peralatan walit dan dua gerai yang menjual produk hiliran SBW yang sempat saya lawati. Bermakna pihak JPV Negeri Sembilan sendiri tidak melibatkan diri secara langsung di dalam usaha menggalakkan bidangusaha ini pada Mini MAHA kali ini.

Di gerai syarikat APADANA, saya lihat satu produk daripada Zeolite yang mungkin boleh digunakan di premis walit tertentu. Ia lebih kepada usaha menyerap lebihan gas yang terdapat di dalam RBW. Bagi saya ini kali pertama saya melihat produk seumpama ini di jual kepada pengusaha RBW. Saya memangnya sedar bahawa zeolite adalah bahan yang mampu menyerap bau. Pendedahan ini diterima semasa lawatan saya ke sebuah premis memproses zeolite untuk ekspot di Surabaya, Indonesia. Ia turut digunakan di dalam proses penapisan air untuk minuman.

Sesiapa yang memerlukan produk ini bolehlah berhubung terus dengan syarikat APADANA.

Skian

Dr Azizol Mohd Sharun/PERUNDING INDUSTRI WALIT & PENCERAMAH AWTC

Isnin, 16 Julai 2012

PENULISAN PERKONGSIAN MAKLUMAT TERKINI


RBW PPRT KELOLAAN JPV TERENGGANU

Kali ini saya mengenengahkan hasil RBW di bawah skim PPRT yang dibina oleh JPV Terengganu sejak tahun 2010. Di Daerah Hulu Terengganu sebanyak 8 buah telah didirikan. Pada masa yang sama, melalui kontrektor yang berlainan, beberapa RBW yang rekabentuknya sama telah juga dibina di daerah Dungun.


RBW ini berskala kecil dan berukuran 10 kaki lebar, 15 kaki panjang dengan ketinggian papan sirip daripada lantai lebihkurang 10 kaki. Bagi saya saiz RBW ini adalah merupakan yang terkecil, paling simple yang pernah dibina oleh JPV dan ditujukan khas bagi golongan PPRT di negeri ini. Harga sebuah ialah RM10,000 sahaja.


Pada peringkat pembinaan dahulu, ramai pihak yang tidak bersetuju dan menyatakan walit tidak akan mendiamai bangunan sekecil ini. Ada juga pihak yang terang-terang menuduh JPV Terengganu tidak pandai serta tidak mengetahui selok-belok pembinaan dan keperluan burung walit. Seterusnya menuduh JPV Terengganu membazirkan wang kerajaan dan akhirnya meninggalkan harapan sahaja bagi golongan PPRT yang terlibat.

Hari ini ternyata kenyataan pihak berkenaan tidak betul. Pada bulan Jun lepas saya telah berkesempatan melawat 2 daripada 6 buah rumah yang berhasil di daerah Hulu Terengganu. Kesemuanya 8 buah telah didirikan. Bermakna 2 buah sahaja yang belum didiami walit.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya rakam, semasa lawatan dibuat.

Kesan daripada "dinding separuh" antara ruang legar dan nesting area, menjadikan suasana dalam nesting area yang gelap. Perhatikan kepingan plywood digunakan.
Semasa saya berada di dalam nesting area ini, suhu dalam bangunan ialah 33.5 selsius. Perhatikan lapisan dalam bangunan menggunakan plywood (gambar bawah). Pada peringkat awalnya kami bimbang menggunakan kepingan plywood ini untuk siling, dan lapisan dinding sebelah dalam. Setakat hari lawatan dibuat, tiada masalah yang wujud berkaitan dengannya.

Hanya terdapat 4 buah tweeter sahaja di dalam nesting area. Papan sirip jinis meranti dan tida beza yang ketara dengan RBW lain. Cumanya papan sudut tidak dipasang.



Saya tidak bersekempatan lagi untuk melawat RBW yang serupa di daerah Dungun. Saya telah di maklumkan di Dungun, satu rumah pun belum didiami walit. Kita semua sedar bahawa daerah Dungun adalah bersebelahan dengan daerah Hulu Terengganu. Apakah walit tahu atau faham persempadanan ini? Satu perkara yang jelas, RBW di Dungun dibina oleh kontrektor berlainan. Kemungkinan suara memikat yang digunakan turut berbeza. Walau apa pun kedua-dua situasi ini memerlukan satu kajian yang mendalam. Jika saya berkesempatan melawat RBW di bawah program PPRT di Dungun, saya akan laporkan sebarang penemuan di dalam blog ini di masa yang akan datang.

Skian.

Dr Azizol Mohd Sharun/PERUNDING INDUSTRI WALIT/PENCERAMAH & PENASIHAT AWTC

Perlibatan Expo Sempena Hari Peladang Melaka

PERLIBATAN EXPO HARI PELADANG PERINGKAT NEGERI MELAKA.OLEH SYARIKAT    AG WALIT TRAINING CENTRE

Kesempatan yang  telah diberi kepada pihak syarikat AWTC bagi menjayakan expo sempena Hari Peladang Peringkat Kebangsaan 2011 tahun memberi kami peluang mengenengahkan @ memperkenalkan Perusahaan Sarang Burung Walit kepada pengunjung2x yang datang sepanjang expo tersebut.Sepanjang berlangsungnya expo,pertanyaan serta kunjungan pengunjung sangat2x menggalakan.

 Antara yang kami pamerkan beberapa jenis produk serta peralatan dan perkhidmatan 

Beberapa produk dijual sepanjang expo berlangsung.

 Terdapat juga jenis-jenis papan sudut dijual
 Antara produk dijual,jeli kelapa sarang burung,rojak,minuman dan lain-lain produk berasaskan sarang burung walit.
 Kami mempamerkan demo mencuci sarang burung walit
 Jualan alatan-alatan lengkap pemasangan alat tweeter
 Lawatan ke booth-booth pameran oleh YB Dato Mohd Ali Rustam,Menteri Negeri Melaka
 Pengunjung-pengunjung yang berkunjung di booth Ag Walit