Rabu, 18 Julai 2012

PRODUK ZEOLITE UNTUK RUMAH BURUNG WALIT


Mini MAHA Negeri Sembilan telah di adakan baru-baru ini antara 25hb hingga 30hb Jun, 2012. Ia diadakan di tapak pamiran Paroi. Saya berkesempatan untuk melawat pamiran kali ini dan saya lakukan pada 26hb Jun.

Amnya, pamiran kali ini lebih baik dan tersusun. 

Bagi JPV Negeri Sembilan nampaknya mereka memberikan tumpuan kepada haiwan kesayangan. Terdapat sebuah klinik rawatan dan pembedahan haiwan kesayangan disediakan untuk orang ramai. Taman Haiwan berkonsepkan petting zoo juga turut di adakan.

Saya dimaklumkan bagi industri walit, hanya terdapat tiga syarikat pembekal perkhidatan dan peralatan walit dan dua gerai yang menjual produk hiliran SBW yang sempat saya lawati. Bermakna pihak JPV Negeri Sembilan sendiri tidak melibatkan diri secara langsung di dalam usaha menggalakkan bidangusaha ini pada Mini MAHA kali ini.

Di gerai syarikat APADANA, saya lihat satu produk daripada Zeolite yang mungkin boleh digunakan di premis walit tertentu. Ia lebih kepada usaha menyerap lebihan gas yang terdapat di dalam RBW. Bagi saya ini kali pertama saya melihat produk seumpama ini di jual kepada pengusaha RBW. Saya memangnya sedar bahawa zeolite adalah bahan yang mampu menyerap bau. Pendedahan ini diterima semasa lawatan saya ke sebuah premis memproses zeolite untuk ekspot di Surabaya, Indonesia. Ia turut digunakan di dalam proses penapisan air untuk minuman.

Sesiapa yang memerlukan produk ini bolehlah berhubung terus dengan syarikat APADANA.

Skian

Dr Azizol Mohd Sharun/PERUNDING INDUSTRI WALIT & PENCERAMAH AWTC

Tiada ulasan:

Catat Ulasan