Sabtu, 11 Ogos 2012

KUASA SOLAR SEBAGAI PUNCA BEKALAN ELEKTRIK

RBW memerlukan bekalan elektrik untuk berfungsi dengan baik. Terpenting bekalan elektrik ini diperlukan untuk kegunaan sistem audio pemikat walit. Satu ketika dahulu, jika lokasi tapak yang kita miliki dan telah diuji kehadiran walit yang banyak, tanpa bekalan elektrik daripada TNB maka kita tidak berupaya untuk meneruskan projek berkenaan.

Hari ini, pada kedudukan dan kedaan yang saya baru nyatakan di atas tidak lagi menjadi masaalah. Keperluan bekalan elektrik boleh dijana dengan mengunakan sistem solar. Saya dapati memang sistem ini mamapu membekal letrik untuk RBW, seperti yang saya tunjukkan di dalam gambar-gambar berikut.




Gambar-gambar di atas menunjukkan komponen kasar sistem solar yang digunakan di sebuah RBW di Muadzam Shah, Pahang. Kefahaman saya sistem ini sebenarnya boleh dibangunkan oleh kita sendiri ( DIY ) dan tidaklah serumit mana. Amnya komponen asas sistem ialah bateri kereta (untuk penyimpan elektrik ), sebuah charge controllerpower inverter (sebuah), suis dan panel solar. Biasanya jika kita membeli peralatan ini daripada kedai pembekal peralatan RBW, kabel dan wayar elektrik di berikan secukupnya.

Berikut ialah gambar RBW yang telah menggunakan sistem ini dengan jayanya. Kebetulan pengusaha ini juga mengamalkan konsep integrasi walit dan lembu fidlot.
Dari sudut harga pula berbeza-beza mengikut saiz output bekalan yang diperlukan. Pada hemat saya, sistem ini "mampu milik" jika dikira dari sudut pelaburan jangka sederhana panjang.

Skian.

Dr Azizol Mohd Sharun/Perunding Induatri Walit/Penceramah & Penasihat AWTC

PROJEK WALIT: KESAN KEJATUHAN HARGA

Salam sejahtera,

Kita semua tahu kejatuhan harga SBW hari ini adalah akibah penutupan pasaran oleh pengimpot terbesar dunia iaitu negara China. Kita juga mengetahui pihak kerajaan Malaysia telah berusaha sedaya upaya untuk memulihkan pasaran ekspot terbesar ini. Keputusan akan menerima semula SBW daripada Malaysia telah pun diperolehi, cuma tarikh sebenar perlaksanaan belum ditetapkan.

Walau apa pun yang berlaku, kejatuhan harga telah memberikan kesan yang negatif kepada kerancakan pembangunan industri walit seterusnya telah menjejaskan usaha orang Melayu untuk meningkatkan ekonomi mereka melalui bidangusaha ini.

Keyakinan kepada industri telah menurun dan dapat dilihat daripada beberapa sudut. Pertamanya, saya dimaklumkan pihak Agro Bank telah tidak lagi mengadakan pinjaman khas untuk pembinaan RBW. Kedua, saya juga melihat bahawa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) juga telah mula hilang keyakinan terhadap projek ini. Sebagai contoh, di MINIMAHA Negeri Sembilan baru-baru ini, pihak jabatan sudah tidak kelihatan terlibat. Ketiga, kita juga perhatikan telah berkurangan publisiti industri dan bidangusaha ini di akhbar-akhbar dan media lain.

Kenapa harus jadi begitu?

Hakikatnya, walau pun harga jatuh ke paras terendah (misalnya RM1,000.00 se Kg), ia masih merupakan satu bidangusaha yang lebih baik jika dibandingkan dengan bidangusaha pertanian yang lain (lihat rajah di bawah ). Apakah bidangusaha pertanian yang mempunyai parameter ekonomi yang setanding dengan walit (pada harga RM1,000.00 se KG)? Dengan lain perkataan apakah hasil pertanian yang boleh dijual dengan harga RM1,000.00 se kilogram? Getah? jauh lebih rendah.



Parameter ekonomi dalam rajah di atas adalah diterjemahkan oleh projek walit berukuran 20'X60' dua tingkat dan berharga RM180,000.00 Di andaikan juga tapak bangunan ialah milik sendiri. Kutipan sarang pula bermula pada tahun ke 3. Jika modal di pinjam, kos pinjaman tidak di ambil kira dalam fakta tersebut.

Satu perkara yang kita misti ingat, projek walit ini hanya memerlukan modal sahaja. Kedua, sekali melabur hasil berpanjangan dan bergenerasi. Projek pertanian lain tidak sedemikian. Projek walit ini hampir tidak memerlukan tenaga buruh. Bermakna juga, kita boleh melakukan satu bidangusaha lain disamping mendapat passive income daripada bidangusaha walit.

Taksiran saya, pada kadar harga RM1,000.00 se Kg pun sudah baik bahkan lebih baik daripada sektor pertanian lain. Berbanding dengan kegiatan ekonomi lain, ia merupakan satu bidangusaha yang palaing "ngam" dengan budaya orang Melayu.

Renungkan fakta ekonomi yang saya paparkan di atas. Ayuh....mari kita teruskan usaha di dalam projek walit ini.

Skian

Dr Azizol Mohd Sharun/Perunding Industri Walit/Penceramah & Penasihat AWTC

INDONESIA: KAWALAN OLEH KERAJAAN TEMPATAN TERHADAP PREMIS WALIT

Apa yang saya akan ketengahkan ini adalah petikan sessi soal-jawab dalam ASIA BIRD'S NEST CONFERENCE pada bulan Ogos, 2005 di mana prosidingnya diterbitkan oleh Jabatan PERHILITAN yang bertajuk EDIBLE NEST SWIFTLETS MANAGEMENT IN ASIA.

Solan dikemukakan oleh Mr Francis Low dan berbunyi seperti berikut: Sejauh mana kerajaan Indonesia mengawal dan menguruskan premis atau rumah burung walit di sana?

Dua orang pakar burung walit daripada Indonesia, ia itu Dr Ani Mardiastuti dan Dr Bodei Mranata memberikan jawapan seperti berikut:-

Undang-undang Indonesia tidak peka kepada kewujudan premis walit. Bagi pihak pedagang sarang burung walit ia merupakan satu bisnis yang amat baik. Mereka di sana tidak seaktif, dari sudut undang-undang, seperti di Malaysia. Kerajaan tempatan tidak mengambil indah dan kemungkinan terlalu sedikit mengenainya. Kadangkala Kementerian Kesihatan yang mengambil berat tentang keadaan di dalam sesebuah premis walit. Mereka ingin menentukan tiadanya punca penyakit zoonotik dan premis walit bebas daripada selsema burung.

Rumusan saya: tiada halangan atau sekatan untuk mendirikan premis walit di Indonesia.

Sekian.

Dr Azizol Mohd Sharun/Perunding Industri walit/Penceramah & Penasihat AWTC