Sabtu, 3 Mac 2012

Habitat Burung Walit

Habitat merujuk kepada suatu kawasan atau persekitaran di mana sesuatu jenis haiwan itu membiak secara semulajadi, tinggal dan membiak. Ia termasuklah persekitaran semulajadi di mana ia mencari makanan dan menjalankan aktiviti harianya.

Bagi burung walit, terdapat dua persekitaran yang menjadi komponen utama habitatnya. Antaranya ialah:

  • Persekitaran fizikal di mana walit tinggal, membuat sarang dan membiak. Contohnya, persekitaran fizikal walit di gua atau perumahan walit yang di bina oleh manusia.
  • Persekitaran fizikal di mana walit menjalankan aktiviti memburu makanan dari awal pagi sehinggalah sebja hari.
Kefahaman mengenai sifat-sifat fizikal persekitaran ini amatlah mustahak kepada pengusaha walit di dalam usaha menentukan kejayaan bidangusaha SBW yang diceburi.

Persekitaran atau suasana di dalam Rumah Burung Walit.

Perkara utama yang sering diperkatakan ialah mengenai kesesuaian suhu dan kelembapan di dalam rumah burung walit yang di dirikan. Setelah beberapa,  kajian dan penilitian yang saya buat, saya dapat simpulkan bahawa lingkungan suhu yang sesuai dan keselesaan walit adalah 26-30 darjah celcius. Manakala di Indonesia, suhu yang sering di gunakan dan di kawal antara 26-28 darjah celcius. Keadaan ini boleh diwujudkan melalui satu reka bentuk bangunan, sistem pengudaraan dan bahan bangunan yang sesuai.

Dari segi kelembapan pula, saya mendapati lingkungan yang sesuai ialah 80-95%. Kelembapan ini boleh di capai dengan mengunakan alat pengkabut udara (Humidifier).

Walit juga suka tinggal di kawasan yang gelap seperti sebuah gua. Tahap cahaya yang ada dalam keadaan ini tidak melebihi tahap cahaya menyalanya dua batang lilin atau dua lux. Pengukuran cahaya ini boleh dilakukan dengan mengunaan lux meter. Dengan menutup semua sumber cahaya, termasuk di dalam sesuatu rekabentuk bangunan, mampu menyediakan keadaan ini.

Amnya, terdapat tiga keterangan cahaya di dalam sebuah rumah walit, iaitu kawasan terang( kawasan hadapan pintu), kawasan kegelapan (kawasan jauh sedikit daripada kawasan terang, dan kawasan yang sangat-sangat gelap. (bilik-bilik di dalam rumah walit).

Aroma tertentu juga memainkan peranan dan menjadi sebahagian daripada habitat walit. Bagi sesiapa yang biasa memasuki rumah walit yang berjaya, akan cepat kenal bau akan persekitaran rumah yang sesuai atau tidak. Jika kita memasuki premis rumah walit yang baru, kadangkala bau simen amat kuat dan ini amat tidak disukai oleh walit. Ada yang percaya aroma sebegini boleh dicapai dengan mudah, iaitu dengan menabur tinja walit di lantai dan biarkan beberapa atau mengunakan perkakas bangunan yang telah terpakai.

Suhu dan keadaan fizikal yang sesuai  amat digemari oleh walit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan