Rabu, 24 Oktober 2012

MIASMATA WALIT

Kebelakangan ini saya berkesempatan untuk melawat beberapa RBW yang dianggap bermasaalah. Bermasaalah ini maksud saya, sebagai contoh sebuah RBW telah beroperasi selama 4 tahun tetapi ada 6 biji sarang sahaja. Contoh kedua, bermasaalah berupa: panggilan telah dibuat selama 9 bulan, tetapi tiada walit yang masuk dan tinggal di dalamnya.

Bau RBW atau lebih disebut sebagai miasmata walit bukanlah satu kewajipan atau penentu untuk menjayakan sesebuah rumah. Banyak RBW yang berskala besar, saya perhatikan tidak meletakkan tinja walit, tetapi berjaya. Walaubagaimana pun bagi RBW yang baru serta berskala kecil sehingga skala sederhana dan dibangunkan di lokasi yang banyak rumah, pada hemat saya amat digalakkan mewujudkan miasmata walit ini.

RBW yang bermasaalah yang saya maksudkan di atas, bukan tiada meletakkan tinja walit di dalam rumah bagi mewujudkan aroma berkenaan di peringkat awal, tetapi tidak diselenggara atau dibuat dengan mencukupi. Bagi RBW yang dibawah ini, setelah 4 tahaun pastinya aroma tinja walit itu telah lama hilang.



Bagi saya,  RBW sebesar 16'X40' meletakkan tinja walit ke dalam bekas sekecil ini (gambar dibawah) tidak mencukupi.Jika anda menggunakan bahan yang sedikit, berpunca dari bekalan yang terhad, saya cadang supaya ditambah dan dibancuh dengan bicarbonate ke dalam bekas berkenaan, supaya aroma mmonia yang keluar itu tajam dan kuat baunya (gambar dibawah).

Pengalaman saya, bagi RBW berskala 16'X32' (gambar berikutnya), di dalam di setiap lantai saya meletakkan 3 guni tinja walit ke dalam satu kotak papan dan diletekakan di tengah-tengah bangunan. Hari ini RBW ini telah ada 12 ekor walit yang tinggal di dalamnya dan ada sebuah sarang dalam tempoh 5 bulan pemanggian dibuat.



Bagi rumah yang lama di mana aroma tinja walit telah berkurangan atau tiada langsung, elok dibuat topping up dengan tinja walit yang baru dan dilembabkan sedikit. Tetapi jika walit telah mula menduduki rumah ini dan tinja daripadanya telah menambah bau yang ada, makatooping up tidak diperlukan.

Tinja walit ini elok diletakkan ke dalam satu bekas dan tidak diserak-serakkan di atas lantai di merata tempat. Ini bagi memudahkan kita melihat tompok tinja walit yang baru menduduki rumah berkenaan.

Skian,

Dr Azizol Mohd Sharun
PERUNDING INDUSTRI WALIT/PENASIHAT&PENCERAMAH AWTC

PAIP PENGUDARAAN: SATU KREATIVITI

Salam sejahtera,

Kali ini saya hanya ingin berkongsi dua keping gambar sahaja. Gambar-gambar ini saya rakam daripada sebuah rumah burung walit milik seorang pengusaha Bumiputra. Beliau telah menggunakan kertas surat khabar, sebagai pengganti kepada paip PVC untuk melengkapkan paip berkenaan. Pengusaha faham dan sedar kenapa sambungan itu perlu. Apa pun saya tertarik dengan kreativiti yang ditunjukkan.




Kesemua paip pengudaraan, bagi rumah berskala 24'X40' ini menggunakan kertas surat khabar, seperti yang dipaparkan.

Disebalik sifat kreatif pengusaha, saya berasa kesal kerana beliau tidak mendapat nasehat yang betul bagaimana struktur paip pengudaraan ini sebenarnya dan di mana beliau boleh memperolehi sebahagian lagi atau sambungan kepada struktur yang ada.


Skian.


Dr Azizol Bin Mohd Sharun
PERUNDING INDUSTRI WALIT /PENCERAMAH &PENASIHAT AWTC

Ahad, 14 Oktober 2012

KURSUS PERUSAHAAN SARANG BURUNG WALIT


Sekali lagi Pihak AWTC menawarkan kursus Perusahaan Sarang Burung Walit kepada mereka yang berminat menceburi bidang perusahaan ini.Kursus akan diadakan secara TEORI DAN PRATIKAL.

TARIKH : 10/11/ 2012 SABTU ( 1HARI )
MASA: 8.00 - 5.00 PETANG
BERTEMPAT : AG WALIT TRAINING CENTRE,FELDA BUKIT BULAT,78000 ALOR GAJAH MELAKA
TEL: 013-5314096 / 013-4348515

TEMPAHAN TEMPAT DUDUK TELAH DIBUKA!!!

Kami menawarkan beberapa Pakej Keluarga,Berkumpulan dan sebagainya.Antara Pakej :-

1.PAKEJ PERSEORANGAN RM350.00

2.PAKEJ FAMILY RM500.00 / 2 PESERTA
( SUAMI ISTERI,ANAK + BAPA,IBU + ANAK,ADIK BERADIK SAHAJA)

3.PAKEJ GROUP 1 RM 600.00 / 2 PESERTA

4.PAKEJ GRAOUP 2 RM 850.00 / 3 PESERTA

Note:peserta disertakan sijil penyertaan,nota-nota kursus,alatan tulis serta CD SUARA BURUNG DALAM & LUAR SECARA PERCUMA ( yg dijual dgn harga 250.00 )

SILA LAYARI BLOG & FB agwalittrainingcentre.

TERIMA KASIH...









Ahad, 23 September 2012

PROJEK WALIT: KESAN KEJATUHAN HARGA

Salam sejahtera,

Kita semua tahu kejatuhan harga SBW hari ini adalah akibah penutupan pasaran oleh pengimpot terbesar dunia iaitu negara China. Kita juga mengetahui pihak kerajaan Malaysia telah berusaha sedaya upaya untuk memulihkan pasaran ekspot terbesar ini. Keputusan akan menerima semula SBW daripada Malaysia telah pun diperolehi, cuma tarikh sebenar perlaksanaan belum ditetapkan.


Walau apa pun yang berlaku, kejatuhan harga telah memberikan kesan yang negatif kepada kerancakan pembangunan industri walit seterusnya telah menjejaskan usaha orang Melayu untuk meningkatkan ekonomi mereka melalui bidangusaha ini.


Keyakinan kepada industri telah menurun dan dapat dilihat daripada beberapa sudut. Pertamanya, saya dimaklumkan pihak Agro Bank telah tidak lagi mengadakan pinjaman khas untuk pembinaan RBW. Kedua, saya juga melihat bahawa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) juga telah mula hilang keyakinan terhadap projek ini. Sebagai contoh, di MINIMAHA Negeri Sembilan baru-baru ini, pihak jabatan sudah tidak kelihatan terlibat. Ketiga, kita juga perhatikan telah berkurangan publisiti industri dan bidangusaha ini di akhbar-akhbar dan media lain.


Kenapa harus jadi begitu?


Hakikatnya, walau pun harga jatuh ke paras terendah (misalnya RM1,000.00 se Kg), ia masih merupakan satu bidangusaha yang lebih baik jika dibandingkan dengan bidangusaha pertanian yang lain (lihat rajah di bawah ). Apakah bidangusaha pertanian yang mempunyai parameter ekonomi yang setanding dengan walit (pada harga RM1,000.00 se KG)? Dengan lain perkataan apakah hasil pertanian yang boleh dijual dengan harga RM1,000.00 se kilogram? Getah? jauh lebih rendah.



Parameter ekonomi dalam rajah di atas adalah diterjemahkan oleh projek walit berukuran 20'X60' dua tingkat dan berharga RM180,000.00 Di andaikan juga tapak bangunan ialah milik sendiri. Kutipan sarang pula bermula pada tahun ke 3. Jika modal di pinjam, kos pinjaman tidak di ambil kira dalam fakta tersebut.


Satu perkara yang kita misti ingat, projek walit ini hanya memerlukan modal sahaja. Kedua, sekali melabur hasil berpanjangan dan bergenerasi. Projek pertanian lain tidak sedemikian. Projek walit ini hampir tidak memerlukan tenaga buruh. Bermakna juga, kita boleh melakukan satu bidangusaha lain disamping mendapat passive income daripada bidangusaha walit.


Taksiran saya, pada kadar harga RM1,000.00 se Kg pun sudah baik bahkan lebih baik daripada sektor pertanian lain. Berbanding dengan kegiatan ekonomi lain, ia merupakan satu bidangusaha yang palaing "ngam" dengan budaya orang Melayu.


Renungkan fakta ekonomi yang saya paparkan di atas. Ayuh....mari kita teruskan usaha di dalam projek walit ini.


Skian



Dr Azizol Mohd Sharun / Perunding Industri Walit /Penasihat&Penceramah AWTC

SEMUT GANGGU RUMAH BURUNG WALIT

Semut Adalah Musuh Walit

Jarang kita beri perhatian kepada isu semut apabila kita menceritakan bab musuh-musuh walit. Biasanya kita bercerita atau memberi perhatian kepada lipas, chicak, kelawar, burung hantu, ular, musang, dan sipemilik RBW itu sendiri.

Hari ini saya hendak bercerita sedikit pengalaman yang terlibat dengan Makmal Walit Dr Azizol di PLV Jerangau. Berasaskan kepada pengalaman ini, saya menyatakan semut merupakan musuh walit yang perlu diberikan perhatian seperti musuh-musuh yang lain juga.

Semut Naik dan Masuk ke Dalam RBW Pada Musim Hujan

Pemerhatian saya yang terbaharu mendapati banyak semut, bertali-tali, menaiki RBW selepas hujan yang agak lebat. Ini mungkin berpunca daripada kesan lubang-lubang dan sarang-sarang semut yang berada di dalam tanah sekitaran RBW dimasuki dan dipenuhi air.






Kesan Semut Terhadap RBW

Setelah memasuki bangunan, semut terus menuju ke sarang. Tiga perkara yang tidak baik seterusnya berlaku:-
1. Semut memakan sarang walit. Sarang jadi berlubang dan akhirnya menjejaskan gred sarang tersebut,
2. Semut-semut ini menggigit dan menganggu anak-anak walit, daripada peringkat baru menetas sehingga ke peringkat "porcupine stage". Akibah gigitan ini banyak ank-anak walit yang jatuh ke lantai dan akhirnya mati,
3. Semut-semut ini juga di dapati mengerumuni telor-telor selama 3 ke 4 hari. Akhirnya telor-telor ini dibuang oleh ibu walit ke lantai










Setelah sekitaran berkeadaan kering, di dapati semut meningalkan RBW. Sarang dimana di peringkat awal mempunyai dua biji telor, setelah dikerumuni semut, di dapati tiada lagi di dalam sarang, cuma di dapati sedikit serpihan kulit telor walit di atas lantai.









Kaedah Mengelakkan atau Menghalang Semut Memasuki Bangunan

Satu pilihan yang terbaik, pada pandangan saya, ialah dengan membina takungan air di sekeliling RBW. Walau bagaimana pun kos pendekatan ini perlulah diberikan perhatian. Sungguh pun kos agak mahal, tetapi berkesan. Gangguan semut yang serius boleh menakutkan walit dan walit-walit ini boleh pergi meningalkan rumah yang kita bina. Isu ini amat penting bagi RBW yang berumur dibawah 2 tahun.


Skian,

Dr Azizol Mohd Sharun /Perunding Industri Walit / Penasihat & Penceramah AWTC

Isnin, 3 September 2012

KURSUS PERUSAHAAN SARANG BURUNG WALIT

KURSUS PERUSAHAAN SARANG BURUNG WALIT 
ANJURAN 
AG WALIT TRAINING CENTRE

AWTC menawarkan kursus Perusahaan Sarang Burung Walit kepada mereka yang berminat.Kursus diadakan secara TEORI DAN PRATIKAL.

TARIKH : 29 SEPTEMBER 2012 SABTU ( 1HARI )
MASA: 8.00 - 5.00 PETANG
BERTEMPAT : AG WALIT TRAINING CENTRE,FELDA BUKIT BULAT,78000               ALOR GAJAH MELAKA
TEL: 013-5314096 / 013-4348515
TEMPAHAN TEMPAT DUDUK TELAH DIBUKA!!!


Kami menawarkan beberapa Pakej Keluarga,Berkumpulan dan sebagainya.Antara Pakej :-

1.PAKEJ PERSEORANGAN RM350.00

2.PAKEJ FAMILY RM500.00 / 2 PESERTA
( SUAMI ISTERI,ANAK + BAPA,IBU + ANAK,ADIK BERADIK SAHAJA)

3.PAKEJ GROUP 1 RM 600.00 / 2 PESERTA

4.PAKEJ GRAOUP 2 RM 850.00 / 3 PESERTA

Note:peserta disertakan sijil penyertaan,nota-nota kursus,alatan tulis serta CD SUARA BURUNG DALAM & LUAR SECARA PERCUMA ( yg dijual dgn harga 250.00 )






SILA LAYARI BLOG & FB agwalittrainingcentre.

TERIMA KASIH...

Sabtu, 11 Ogos 2012

KUASA SOLAR SEBAGAI PUNCA BEKALAN ELEKTRIK

RBW memerlukan bekalan elektrik untuk berfungsi dengan baik. Terpenting bekalan elektrik ini diperlukan untuk kegunaan sistem audio pemikat walit. Satu ketika dahulu, jika lokasi tapak yang kita miliki dan telah diuji kehadiran walit yang banyak, tanpa bekalan elektrik daripada TNB maka kita tidak berupaya untuk meneruskan projek berkenaan.

Hari ini, pada kedudukan dan kedaan yang saya baru nyatakan di atas tidak lagi menjadi masaalah. Keperluan bekalan elektrik boleh dijana dengan mengunakan sistem solar. Saya dapati memang sistem ini mamapu membekal letrik untuk RBW, seperti yang saya tunjukkan di dalam gambar-gambar berikut.




Gambar-gambar di atas menunjukkan komponen kasar sistem solar yang digunakan di sebuah RBW di Muadzam Shah, Pahang. Kefahaman saya sistem ini sebenarnya boleh dibangunkan oleh kita sendiri ( DIY ) dan tidaklah serumit mana. Amnya komponen asas sistem ialah bateri kereta (untuk penyimpan elektrik ), sebuah charge controllerpower inverter (sebuah), suis dan panel solar. Biasanya jika kita membeli peralatan ini daripada kedai pembekal peralatan RBW, kabel dan wayar elektrik di berikan secukupnya.

Berikut ialah gambar RBW yang telah menggunakan sistem ini dengan jayanya. Kebetulan pengusaha ini juga mengamalkan konsep integrasi walit dan lembu fidlot.
Dari sudut harga pula berbeza-beza mengikut saiz output bekalan yang diperlukan. Pada hemat saya, sistem ini "mampu milik" jika dikira dari sudut pelaburan jangka sederhana panjang.

Skian.

Dr Azizol Mohd Sharun/Perunding Induatri Walit/Penceramah & Penasihat AWTC