Jarang kita beri perhatian kepada isu semut apabila kita menceritakan bab musuh-musuh walit. Biasanya kita bercerita atau memberi perhatian kepada lipas, chicak, kelawar, burung hantu, ular, musang, dan sipemilik RBW itu sendiri.
Hari ini saya hendak bercerita sedikit pengalaman yang terlibat dengan Makmal Walit Dr Azizol di PLV Jerangau. Berasaskan kepada pengalaman ini, saya menyatakan semut merupakan musuh walit yang perlu diberikan perhatian seperti musuh-musuh yang lain juga.
Semut Naik dan Masuk ke Dalam RBW Pada Musim Hujan
Pemerhatian saya yang terbaharu mendapati banyak semut, bertali-tali, menaiki RBW selepas hujan yang agak lebat. Ini mungkin berpunca daripada kesan lubang-lubang dan sarang-sarang semut yang berada di dalam tanah sekitaran RBW dimasuki dan dipenuhi air.
Setelah memasuki bangunan, semut terus menuju ke sarang. Tiga perkara yang tidak baik seterusnya berlaku:-
1. Semut memakan sarang walit. Sarang jadi berlubang dan akhirnya menjejaskan gred sarang tersebut,
2. Semut-semut ini menggigit dan menganggu anak-anak walit, daripada peringkat baru menetas sehingga ke peringkat "porcupine stage". Akibah gigitan ini banyak ank-anak walit yang jatuh ke lantai dan akhirnya mati,
3. Semut-semut ini juga di dapati mengerumuni telor-telor selama 3 ke 4 hari. Akhirnya telor-telor ini dibuang oleh ibu walit ke lantai
Satu pilihan yang terbaik, pada pandangan saya, ialah dengan membina takungan air di sekeliling RBW. Walau bagaimana pun kos pendekatan ini perlulah diberikan perhatian. Sungguh pun kos agak mahal, tetapi berkesan. Gangguan semut yang serius boleh menakutkan walit dan walit-walit ini boleh pergi meningalkan rumah yang kita bina. Isu ini amat penting bagi RBW yang berumur dibawah 2 tahun.
Skian,
Dr Azizol Mohd Sharun /Perunding Industri Walit / Penasihat & Penceramah AWTC
Tiada ulasan:
Catat Ulasan