Ahad, 12 Februari 2012

Perkhidmatan Kursus Dan Seminar




Objektif Kursus:
Di akhir kursus perusahaan sarang burung walit ini, peserta akan mendapat pelbagai manfaat. Diantaranya ialah:

  • Mampu melakukan operasi pengurusan rumah walit di tempat sendiri. 
  • Mampu membersih, mencuci sarang burung walit sendiri.
  • Mampu menghasilkan keuntungan optimum kepada pengusaha.
  • Lebih memahami sistem perlaksaan rumah burung walit.
  • Memahami kaedah-kaedah pengurusan bulanan dan mingguan walit.
  • Dapat menjalinkan hubungan baik antara pengusaha walit baru dan lama.
  • Dapat memberi lebih besar ruang pemasaran dan penyampaian maklumat antara pengusaha-pengusaha.
  • Dapat mempertingkatkan jaringan perniagaan. 

Promosi Sarang Burung Walit di Tapak Expo

Sarang Burung yang Telah Siap di Packaging untuk jual Kepada Pelanggan

Proses Penyeringan Sarang Burung Walit
 Jaringan Perniagaan dan Produk Sarang Burung



Perkhidmatan AWTC


Antara perkhidmatan yang di tawarkan oleh pihak AG Walit Training Centre ialah:
  1. Juru perunding di dalam industri sarang burung walit.
  2. Penceramah kursus dan seminar.
  3. Menjalankan seminar dan kursus perusahaan walit.
  4. Pemantauan lokasi projek sarang burung walit.
  5. Membekal peralatan dan keperluan rumah burung walit.
  6. Jual beli sarang burung walit.
  7. Proses Cucian sarang burung walit
  8. Mengeluarkan produk sarang burung walit.
  9. Memasarkan produk berasakan sarang burung walit.






Seminar Walit






Visi Dan Misi

Visi AG Walit Training Centre:
Menjadi peneraju di dalam industri walit di kalangan bumiputera perusahaan walit negara serta melahirkan usahawan-usahawan walit yang berdaya saing dan berkualiti dengan penyatuan bersama bagi mengangkat perusahaan walit negara  ke peringkat global.

Misi AG Walit TrainingCentre:

  1. Mewujudkan pusat latihan indutri sarang burung walit Malaysia
  2. Menjadi juru perunding di dalam industri sarang burung walit.
  3. Menjadi jurubina dan membaik pulih bangunan walit
  4. Membeli serta memproses sarang burung walit.
  5. Memasarkan produk yang telah di hasilkan.
  6. Membina makmal memproses serta membuat kajian keberkesanan dan kawalan mutu hasil produk.
  7. Mewujudkan jaringan kerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam perusahaan walit Malaysia dan Nusantara.



Rasional

Pada ketika ini, bidang usaha sarang burung walit telah menjadi tumpuan masyarakat dan juga menjadi satu bidang yang amat di galakkan oleh kerajaan. Pihak kerajaan juga telah memandang industri ini boleh memberi impak yang tinggi dari segi ekonomi pengusaha dan juga pendapatan perolehan kerajaan. Malah kerajaan telah memperuntukan berjuta-juta ringgit bagi tujuan membangunankan usaha murni ini.

Memandangkan perkembangan ini yang amat mengalakan, pihak AG WALIT TRAINING CENTRE menawarkan kursus dan seminar kepada golongan yang berminat dalam menceburi bidang perusahaan sarang burung walit ini.
         
China merupakan pembeli utama sarang burung walit
 









          

Sabtu, 11 Februari 2012

Pengenalan Kepada AG Walit Training Centre

Salam 1 Malaysia..

AG Walit Training Centre merupakan anak syarikat kepada KAPRIMA PRIME SDN BHD yang sebelum ini mengusahakan ternakan kambing secara komersial, mempunyai pusat latihan ruminan, memproses baja organik dan mempunyai restoran yang berasakan produk kambing. Dan kini AG Walit Training Centre merupakan syarikat yang menumpukan perhatian kepada bidang-bidang keberhasilan dalam industri walit seperti Juru runding, pembinaan rumah burung walit dan lain-lain. Kami telah melatih peserta kursus dari tahun 2000 sehingga 2011 hampir 5000 orang peserta.

AG Walit Training Centre (AWTC) telah di daftarkan pada JANUARI 2011 dan alamat utama perniagaanya di LOT 2439 JALAN BUKIT BULAT, MENGGONG, MACHAP UMBOO, 78000 ALOR GAJAH, MELAKA. Dan nombor pendaftaran syarikat adalah MA0155811-A. 


Jenis perniagaan yang di tawarkan oleh pihak AWTC ialah Latihan Perusahaan Sarang Burung Walit, Pusat Motivasi Diri, Juru Perunding Industri Walit, Perkhidmatan Pengurusan, Tenaga Pengajar, Pembinaan Rumah Burung Walit dan Pemasaran Produk.

Berikut adalah logo rasmi bagi AG Walit Training Centre (AWTC)