Sabtu, 3 Mac 2012

Sejarah Penghasilan Sarang Burung Walit (SBW) di Malaysia

Sejarah sarang burung walit (SBW) di Malaysia mula di rekodkan pada tahun1878 dengan penuaian pertama SBW dilakukan di Gua Niah, Serawak. Di antara perkembangan lain yang ada di catitkan ialah pada tahun 1934 kawalan tentang pemunggutan SBW ini telah diperkenalkan di Sarawak.

Di Semenanjung Malaysia, pembangunan rumah burung walit (RBW) telah direkodkan bermula kira-kira 50 tahun yang lalu. Pada tahun 1990 an, hanya ada kira-kira 100 buah sahaja RBW. Kebanyakkanya melibatkan rumah-rumah atau bangunan lama yang telah diubahsuai dan terdapat di bandar-bandar berhampiran laut.

Sejarah SBW bermula sekitar tahun 1720 di Indonesia. Ianya dijumpai di dareah Kabumen, Jawa Tengah iaitu sebuah gua yang bernama Karang Bolong. Berikutan dengan kemasyuran khasiat SBW ini pada tahun1880, beberapa buah ladang burung walit mula diperkenalkan di Jawa Timur. Ianya teruus berkembang sehingga ke tahun 1990 an dengan jumlah ratusan ribu buah kesemuanya di Indonesia.

Pada tahun 1990, berlakunya ketidakstabilan politik dan sosial di Indonesia. Ramai pengusaha walit Indonesia telah membawa dana-dana mereka ke semenanjung Malaysia untuk melabur. Mereka menjalinkan usahasama dengan penduduk tempatan dan membangunkan banyak RBW dengan melakukan beribu-ribu bangunan yang terbengkalai pada ketika itu. Pengusaha-pengusaha RBW yang produktif serta dengan mengunakan pengalaman serta teknologi bidangusaha yang dibawa bersama mereka dari Indonesia.

Menyedari dengan kejayaan kumpulan ini, ramai penduduk tempatan telah pergi ke Indonesia untuk mempelajari selok-belok pembangunan RBW. Sekembalinya mereka, lebih banyak bangunan-bangunan terbengkalai dilakukan pengubahsuaian dan di jadikan RBW. Pelaburan pesat ini telah mencecah RM5 billion pada tahun 2005. Jumlah RBW terus meningkat dengan mendadak mulai saat itu, dan pada tahun 2008, dianggarkan terdapat sebanyak 100,000 unit telah dibangunkan di seliruh negara dengan nilai pelaburan terkumpul sebanyak RM50 billion.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan