Sabtu, 24 Mac 2012

Kitaran Hidup

Telur burung layang-layang berwarna putih dan berbentuk bujur. Burung walit menghasilkan dua biji telur manakala burung layang-layang sarang hitam menghasilkan satu biji telur dalam satu tempoh pembiakan. Saiz telur burung layang-layang sarang hitam lebih besar berbanding walit. Jadual di bawah menerangkan bilangan dan saiz telur serta anggaran pengeraman bagi kedua-dua spesis burung layang-layang.

Telur Walit

SPESIS
BERAT DEWASA (gm)
SAIZ TELUR (mm)
BIL TELUR (no)

PENGERAMAN (Hari) 
PURATA ANGGARAN      
Layang-layang Sarang Hitam
14-21
25 x 16
1
24
21-27
Burung walit
10-15
20 x 14
2
25
19-32

Ahad, 18 Mac 2012

Sarang Burung

Kedua-dua burung layang-layang dan betina bekerjasama membuat sarang pada waktu malam. Sarang burung walit diperbuat daripada air liur sepenuhnya. Manakala sarang burung layang-layang sarang hitam diperbuat daripada air liur bercampur dengan bulu burung. Pasangan burung layang-layang ini mengambil masa sebulan untuk menyiapkan sarangnya.Sarang mereka berbentuk separuh piring dan kebiasaanya pembentukan sarang bergantung kepada musim (panas/sejuk) dan sumber makanan.

                Keadaan persekitaran seperti suhu dan kelembapan udara juga memainkan peranan penting dalam penghasilan sarang yang sempurna. Suhu yang tinggi dan penghasilan sarang yang sempurna. Suhu yang tinggi dan kelembapan yang rendah akan menyebabkan sarang mudah jatuh kerana terlalu kering. Tetapi jika suhu terlalu rendah dan kelembapan terlalu tinggi, sarang yang di hasilkan akan menjadi lembab dan mudah dijangkiti kulat.

Sarang Burung Layang-Layang Padi
Sarang Burung Walit
Sarang Burung Layang-layang Hitam

Rabu, 14 Mac 2012

Peta Lokasi Ke AG Walit Training Centre

Kepada peserta-peserta yang ingin mengikuti kursus Perusahaan Walit, bolehlah merujuk kepada Peta Lokasi di bawah.

PETA KE PUSAT LATIHAN AG WALIT TRAINING CENTRE ALOT GAJAH,MELAKA.
Lokasi Ke Pusat Latihan AWTC



Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian:
  • 0173113374 (Jasmin Jasin)
  • 0135314096 (Suzana Jasmin)

Ahad, 11 Mac 2012

Musim Pembiakan Walit

Burung layang-layang gua dan layang-layang sarang hitam mengawan di udara dan kebiasaannya mereka berpasangan seumur hidup. Burung layang-layang ini mengunakan strategi pembiakan multi-pengeraman di mana mereka akan bertelur seberapa banyak telur dan membesarkan seberapa banyak anak yang boleh dalam keadaan cuaca yang baik.
Telur Burung Walit

Burung Walit Mengawan
Jadual di bawah menunjukkan musim pembiakan bagi burung layang-layang dalam masa setahun. Musim pembiakan bagu burung walit ini bermula dari bulan Disember hingga November. Manakala bagi burung layang-layang sarang hitam, musimnya bermula daripada bulan Januari hingga Disember.

Burung Walit

JAN
FEB
MAC
APRIL
MEI
JUN
JULAI
OGOS
SEPT
NOV
DIS
JAN
FEB
MAC
APRIL
MEI
JUN
JULAI
OGOS
SEPT
NOV
DIS

Burung Layang-layang Sarang Hitam




Musim Pertama

Musim Kedua

Musim Ketiga


Jadual Pembiakan Burung Walit dan Burung Layang-layang Sarang Hitam.









Pemakanan Burung Walit

Burung walit ini memakan serangga yang ditangkap semasa berterbangan di udara. Antara serangga yang menjadi makananya adalah seperti lalat, kalkatu, tebuan, kumbang bersaiz kecil dan lain-lain.

Diptera sp

Trichoptera sp

Isoptera sp

Ephemenoptera sp

Hymenoptera sp

Trichoptera sp

Jumaat, 9 Mac 2012

Kursus Perusahaan Walit 2012

Pihak AG Walit Training Centre akan mengadakan Kursus Perusahaan Walit.

TAWARAN HARGA COUPLE KURSUS PERUSAHAAN SARANG BURUNG WALIT.
Bapa dan anak/ibu dan anak/Suami dan Isteri/Abang dan kakak (RM 500.00/Couple)

Bayaran RM 350.00 seorang/makan 3x, nota & peralatan tulis, sijil, percuma cd suara burung luar & dalam.

Tarikh: 17 March 2012 (1 Hari), Sabtu

Masa: 8.00 pagi-6.00 petang

Lokasi : 2439 Jalan Bukit Bulat Menggong, Machap Alor Gajah, Melaka.

Hubungi : 0135314096/0134348515

Layari facebook AG Walit Training Centre
         Blog        : agwalittrainingcentre.blogspot.com

Tempat duduk TERHAD KEPADA 20 ORANG PESERTA SAHAJA!! JOM DAFTAR!

Modul Kursus:
  1. Demontrasi uji lokasi burung walit
  2. Pengenalan potensi dan senario industri walit Malaysia
  3. Skop dan teknik rekabentuk bangunan rumah burung terkini.
  4. Kualiti, pemasaran dan pengredan sarang burung walit.
  5. Pengurusan Bangunan Rumah walit
  6. Kerja-kerja pengurusan rumah walit yang diamalkan diMalaysia
  7. Demontrasi teknik mencuci sarang burung.
  8. Sesi lawatan
  9. Sijil dan makan disediakan.






Khamis, 8 Mac 2012

Penuaian Sarang Burung Walit

Bagi mengelakkan burung walit di dalam sesebuah rumah walit itu mengalami tekanan dan berhijrah ke rumah burung lain, seseorang pengusaha itu PERLU menitikberatkan langkah-langkah penuaian sarang burung yang sistematik dan berkala. Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

MERAH-BELUM BOLEH DITUAI
KUNING-HAMPIR UNTUK DITUAI
HIJAU-BOLEH DITUAI

Penuaian hendaklah dilakukan pada sarang burung yang mempunyai pelekat yang berwarna hijau dan ia hendaklah dilakukan pada 10.00 pagi sehingga 2.00 petang. Penuaian yang dilakukan di awal pagi dan lewat petang boleh menyebabkan burung walit takut untuk masuk ke rumah burung. 

Penuaian hendaklah mengunakan peralatan yang sesuai seperti SCRAPER dan pengusaha hendaklah memastikan sekali lagi bahawa sarang yang hendak dituai itu benar-benar kosong dan anak burung walit telah terbang dan meninggalkan sarangnya.

 Pengusaha rumah burung hendaklah menetapkan 50% penuaian sarang daripada jumlah keseluruhan sarang burung  yang terdapat dalam rumah burungnya. Kaedah ini adalah untuk memastikan bukan semua burung walit mengalami stress akibat penuaian sarang. 

Elakkan penuaian sarang burung yang dibuat oleh sarang walit muda atau yang baru digunakan untuk kali pertama untuk membiak. Ini adalah untuk mengelakkan burung itu mengalami tekanan dan meninggalkan rumah walit tersebut.

Sarang yang telah dituai hendaklah disimpan di dalam plastik kedap udara agar sarang tersebut tidak tercemar dengan kelembapan dan kekotoran. Ianya akan bertahan bertahun-tahun lamanya selagi tidak dicemari oleh air.


Ahad, 4 Mac 2012

Rumah Burung Walit VS Masalah Kesihatan Manusia

Penelitian saya terhadap mereka-mereka yang terlibat secara langsung dengan RBW ini, tidak menunjukkan langsung ada masalah kesihatan, kursusnya penyakit-penyakit berjangkit. Maklumat yang diperolehi daripada saringan kuman dari beberapa premis RBW di Perak yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Veterinar Ipoh juga tidak memberikan sebarang bukti yang membolehkan burung walit ini boleh menjejaskan kesihatan manusia.

Penelitian saya terhadap satu keluarga di Marang, Terengganu dimana keluarga ini menternak walit di atas siling rumah (rumah papan) dan telah beroperasi selama 3 tahun, gagal membuktikan bahawa walit ini memberikan masalah kesihatan mahupun gangguan parasit seperti hama dan kutu kepada keluarga tersebut.

Beberapa keadaan lain dimana rumah burung walit di bangunkan secara berkembar dengan rumah kediaman di Marang dan Hulu Terengganu, juga gagal membuktikan  yang RBW ini boleh menimbulkan masalah penyakit kepada jirannya.

Pencemaran Bunyi

Suara memikat walit sepatutnya hanya dibunyikan antara jam 6 pagi sehingga 9 pagi dan 6 petang sehingga 8 malam sahaja. Tidak perlu dipasang sehingga 24 jam seperti di sesetengah premis rumah burung walit. Bahkan apabila koloni walit telah stabil dan menetap di satu-satu RBW, suara memikat walit ini tidak diperlukan lagi. Hanya di perlukan suara yang di mainkan di dalam rumah sahaja dan suara ini sememangnya tidak kedengaran dari luar bangunan.

Musuh-Musuh Kepada Bidangusaha RBW

Musuh paling utama kepada usaha pembangunan RBW ini, dan paling perlu difikir masak-masaknya sebelum membangunkan RBW ialah manusia (pencuri). Bermakna anda perlu memberikan tumpuan kepada lokasi projek yang ingin didirikan. Ini kerana, banyak kes-kes kecurian SBW telah di laporkan di Terengganu.

Musuh-musuh walit yang lain adalah seperti berikut:

  • Burung hantu
  • Burung Helang
  • Musang
  • Kelawar
  • Ular
  • Biawak
  • Cicak
  • Tikus
  • Semut
  • Lipas

Asas Mendirikan RBW & Spesifikasi Bangunan

Perkara pokok yang perlu diambil perhatian di dalam mendirikan rumah burung walit adalah seperti berikut.

  1. Didirikan rumah walit dimana di situ ada banyak burung walit, dan bukaan yang dimana kita ada tanah.
  2. Saiz bangunan yang kerap di cadangkan ialah 20 x 60 kaki samada 2 atau 3 tingkat.
  3. Di dalam setiap perumahan walit ada ruang yang cerah, suram dan gelap dimana papan sirip di pasang atau di bilik walit bersarang.
  4. Suhu di dalam bangunan mestilah antara 27-30 darjah celcius, manakala kelembapa antara 80-95 %. Pelbagai kaedah digunakan bagi menstabilkan perimeter ini.
  5. Pealatan bunyi untuk memikat walit yang sesuai dengan suara luar tidak melebihi 40 decibel.
  6. Bangunan memenuhi ciri-cii keselamatan bagi pemilik dan mereka yang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.
  7. Bangunan didirikan mengikut undang-undang serta peraturan yang digunapakai oleh pihak berkuasa di lokasi masing-masing.

Pemasaran SBW

Buat masa kini, kesemua sarang burung walit mentah dijual kepada orang tengah atau peraih dan mereka seterusnya mennghantar sarang-sarang tersebut ke Indonesia untuk di proses dan dieksport semula ke luar negara mereka. Ada juga peraih tempatan padaketika ini, kebanyakkan berbangsa cina, mengeksport SBW mereka melalui Singapura dan ada juga terus membuat dagangan ke Hong Kong.

Harga belian di peringkat seorang pembeli di negeri Teregganu bagi sarang burung walit mentah untuk sekilogram adalah seperti berikut:.
Gred A: RM 4,050.00
Gred B: RM 3,400.00
Gred C: RM 2,100.00


SEJARAH PERGERAKAN HARGA WALIT

BIL
TAHUN
HARGA RM (1 KG)
MAKLUMAT TAMBAHAN
1
1960
71.20
PURATA
2
1970
134.80
PURATA
3
1980
320.50
PURATA
4
1990
900.00
PURATA
5
1994
6,454.00
PURATA
6
1999
6,000.00
PURATA
7
2001
4,566.00
PURATA
8
2009
5,100.00
GRED SUPER A
9
2010
4,800.00
GRED AB (BERSIH)

Pembeli utama di Hong Kong lebih berminat membeli SBW mentah berbanding dengan yang telah di cuci dan di proses. Pembeli di sana amat meragui SBW yang siap di proses atas kebimbangan pengunaan bahan kimia di dalam proses pembersihannya.Bagi kepastian kualiti dan ketulinan produk, mereka membeli SBW yang mentah dan melakukan pemprosesan sendiri di Hong Kong ataupun China.

Harga sarang burung walit yang telah dicuci dan diproses boleh mencecah RM12,000 sekilogram.

Bagi mereka yang baru memulakan bidangusaha ini, kemungkinan menghadapi masalah hendak menjual SBW mereka. Tetapi setelah berkawan dengan rakan-rakan setempat yang sudah lama berkecimpung di dalam bidang usaha ini akan memudahkan penjualan. Temu bual saya dengan pengusaha walit bumiputera di Kuala Terengganu, kesemuanya mengatakan tidak mempunyai masalah untuk menjual hasil tuaian sarang burung walit mereka kerana mereka sudah arif tentang kedai dan lokasi jualan.

Ada juga pengusaha yang memasarkan hasil SBW mereka mengikut aliran seperti berikut:

   PENGUSAHA -> PENGUMPUL/PERAIH-> PENCUCIAN SARANG -> EKSPORT

Terdapat juga mereka yang membeli dan mengumpul SBW juga mencuci sarang burung walit tersebut kemudian mengeksport komoditi ini ke luar negara. Saya di fahamkan upah mencuci setiap keping sarang burung walit ini ialah RM8.00. Pihak tertentu ada menyediakan kursus mengenai tujuan ini.

Perbandingan Kandungan SBW dengan Makanan lain Untuk Setiap 100g

Berikut adalah perbandingan kandungan nutrisi SBW dan makanan yang lain.

KANDUNGAN
SBW
SUSU
LEMBU
AYAM
TELUR
Kalori (Kal)
281
336
273
302
162
Protein (g)
37.5
8.2
19.6
18.2
12.8
Lemak (g)
0.3
10
22
25
11.5
Karbohidrat (g)
32.1
55
0
0
0.7
Kalsium (mg)
485
275
10
14
54
Phosporan (mg)
18
229
150
200
180
Zat Besi (mg)
3
0.2
2.7
1.5
2.7
Vitamin A(SI)
0
510
0
810
900
Vitamin B (mg)
0
0.05
0.02
0.08
0.1
Vitamin C (mg)
0
1
0
0
0
Air (g)
24.5
25
60
7
74
(Sumber: Hary K Nugroho dan Arief Budiman, 2009)

Kenali Sarang Burung Walit (SBW)


Rupa dan Bentuk Walit

Sarang burung walit berwarna putih, berukuran 7 cm panjang, dan 3.5 cm lebar (tengah). Berat sekeping sarang burung walit sekitar 10 gram. Satu kilogram SBW memerlukan antara 120 ke 125 keping SBW. Di bahagian dalam sarang kadangkala kelihatan berwarna hitam. Keadaan ini disebabkan kandungan bulu halus walit yang banyak.

SBW Gred A
SBW Gred B
                                     

SBW Gred D
Gred sarang walit terbahagi kepada 4 gred, iaitu Gred A, Gred AB, Gred C, Gred D. Terdapat sedikit perbezaan cara mengred antara pembeli. Kritiria am bagi pengredan sarang adalah seperti dalam jadual berikut.

BIL
GRED
SAIZ
KEBERSIHAN
CATATAN LAIN
1
A
Lebar 3 jari atau 4 cm. Berat lebih kurang 8 ke 9 gram.
Bersih
Bentuk separuh magkuk
2
B
Lebar 3 jari atau 4 cm. Berat kira-kira 6-7 gram.
Bersih
Berbentuk hamper separuh mangkuk
3
C
Sudut 90 hingga 130 darjah. Lebar 3.5 cm ke 5 cm.
Bersih
Semua sarang sudut dan sarang besar berkulat
4
D
Tiada bentuk atau saiz standard.
Purata
Lain-lain sarang yang percahan saiz kecil dan pelbagai.