Ahad, 4 Mac 2012

Pemasaran SBW

Buat masa kini, kesemua sarang burung walit mentah dijual kepada orang tengah atau peraih dan mereka seterusnya mennghantar sarang-sarang tersebut ke Indonesia untuk di proses dan dieksport semula ke luar negara mereka. Ada juga peraih tempatan padaketika ini, kebanyakkan berbangsa cina, mengeksport SBW mereka melalui Singapura dan ada juga terus membuat dagangan ke Hong Kong.

Harga belian di peringkat seorang pembeli di negeri Teregganu bagi sarang burung walit mentah untuk sekilogram adalah seperti berikut:.
Gred A: RM 4,050.00
Gred B: RM 3,400.00
Gred C: RM 2,100.00


SEJARAH PERGERAKAN HARGA WALIT

BIL
TAHUN
HARGA RM (1 KG)
MAKLUMAT TAMBAHAN
1
1960
71.20
PURATA
2
1970
134.80
PURATA
3
1980
320.50
PURATA
4
1990
900.00
PURATA
5
1994
6,454.00
PURATA
6
1999
6,000.00
PURATA
7
2001
4,566.00
PURATA
8
2009
5,100.00
GRED SUPER A
9
2010
4,800.00
GRED AB (BERSIH)

Pembeli utama di Hong Kong lebih berminat membeli SBW mentah berbanding dengan yang telah di cuci dan di proses. Pembeli di sana amat meragui SBW yang siap di proses atas kebimbangan pengunaan bahan kimia di dalam proses pembersihannya.Bagi kepastian kualiti dan ketulinan produk, mereka membeli SBW yang mentah dan melakukan pemprosesan sendiri di Hong Kong ataupun China.

Harga sarang burung walit yang telah dicuci dan diproses boleh mencecah RM12,000 sekilogram.

Bagi mereka yang baru memulakan bidangusaha ini, kemungkinan menghadapi masalah hendak menjual SBW mereka. Tetapi setelah berkawan dengan rakan-rakan setempat yang sudah lama berkecimpung di dalam bidang usaha ini akan memudahkan penjualan. Temu bual saya dengan pengusaha walit bumiputera di Kuala Terengganu, kesemuanya mengatakan tidak mempunyai masalah untuk menjual hasil tuaian sarang burung walit mereka kerana mereka sudah arif tentang kedai dan lokasi jualan.

Ada juga pengusaha yang memasarkan hasil SBW mereka mengikut aliran seperti berikut:

   PENGUSAHA -> PENGUMPUL/PERAIH-> PENCUCIAN SARANG -> EKSPORT

Terdapat juga mereka yang membeli dan mengumpul SBW juga mencuci sarang burung walit tersebut kemudian mengeksport komoditi ini ke luar negara. Saya di fahamkan upah mencuci setiap keping sarang burung walit ini ialah RM8.00. Pihak tertentu ada menyediakan kursus mengenai tujuan ini.

Tiada ulasan:

Catat Komen