Sabtu, 3 Mac 2012

Industri Sarang Burung Walit, Suatu Industri Bernilai Tinggi

Burung Walit, Aerodramus fusiphagus, berada di dalam aturan Apodiformes bermakna berkaki lemah dan sebab itu tidak boleh bertenggek seperti burung lain. Burung ini mempunyai kuku mengcengkam yang kuat dan hanya bergantung di sarangnya di malam hari. Saiz fizikal burung walit adalah kecil.Ukuran panjangnya antara 7.5-12 cm. Berbulu hitam kecoklatan.

Burung Walit, (Aerodramus Fusiphagus)
Dari segi taburan ekologi burung ini, ia hanya boleh di dapati berkembangbiak di kawasan negara-negara Asia Tenggara sahaja. Negara-negara ini termasuklah Malaysia, Indonesia, Filipina (Selatan), Vietnam (Selatan), Thailand (Selatan), Kemboja, Myammar dan Sri Lanka.

Sarang burung walit ini adalah berwarna putih yang di perbuat 100% daripada air liur, yang dihasilkan oleh sepasang kelenjar glandular saliva semasa pasangan walit hendak bertelur.

Sarang Burung Walit


Tiada ulasan:

Catat Ulasan