Ahad, 23 September 2012

SEMUT GANGGU RUMAH BURUNG WALIT

Semut Adalah Musuh Walit

Jarang kita beri perhatian kepada isu semut apabila kita menceritakan bab musuh-musuh walit. Biasanya kita bercerita atau memberi perhatian kepada lipas, chicak, kelawar, burung hantu, ular, musang, dan sipemilik RBW itu sendiri.

Hari ini saya hendak bercerita sedikit pengalaman yang terlibat dengan Makmal Walit Dr Azizol di PLV Jerangau. Berasaskan kepada pengalaman ini, saya menyatakan semut merupakan musuh walit yang perlu diberikan perhatian seperti musuh-musuh yang lain juga.

Semut Naik dan Masuk ke Dalam RBW Pada Musim Hujan

Pemerhatian saya yang terbaharu mendapati banyak semut, bertali-tali, menaiki RBW selepas hujan yang agak lebat. Ini mungkin berpunca daripada kesan lubang-lubang dan sarang-sarang semut yang berada di dalam tanah sekitaran RBW dimasuki dan dipenuhi air.






Kesan Semut Terhadap RBW

Setelah memasuki bangunan, semut terus menuju ke sarang. Tiga perkara yang tidak baik seterusnya berlaku:-
1. Semut memakan sarang walit. Sarang jadi berlubang dan akhirnya menjejaskan gred sarang tersebut,
2. Semut-semut ini menggigit dan menganggu anak-anak walit, daripada peringkat baru menetas sehingga ke peringkat "porcupine stage". Akibah gigitan ini banyak ank-anak walit yang jatuh ke lantai dan akhirnya mati,
3. Semut-semut ini juga di dapati mengerumuni telor-telor selama 3 ke 4 hari. Akhirnya telor-telor ini dibuang oleh ibu walit ke lantai










Setelah sekitaran berkeadaan kering, di dapati semut meningalkan RBW. Sarang dimana di peringkat awal mempunyai dua biji telor, setelah dikerumuni semut, di dapati tiada lagi di dalam sarang, cuma di dapati sedikit serpihan kulit telor walit di atas lantai.









Kaedah Mengelakkan atau Menghalang Semut Memasuki Bangunan

Satu pilihan yang terbaik, pada pandangan saya, ialah dengan membina takungan air di sekeliling RBW. Walau bagaimana pun kos pendekatan ini perlulah diberikan perhatian. Sungguh pun kos agak mahal, tetapi berkesan. Gangguan semut yang serius boleh menakutkan walit dan walit-walit ini boleh pergi meningalkan rumah yang kita bina. Isu ini amat penting bagi RBW yang berumur dibawah 2 tahun.


Skian,

Dr Azizol Mohd Sharun /Perunding Industri Walit / Penasihat & Penceramah AWTC

Tiada ulasan:

Catat Ulasan