Ahad, 23 September 2012

PROJEK WALIT: KESAN KEJATUHAN HARGA

Salam sejahtera,

Kita semua tahu kejatuhan harga SBW hari ini adalah akibah penutupan pasaran oleh pengimpot terbesar dunia iaitu negara China. Kita juga mengetahui pihak kerajaan Malaysia telah berusaha sedaya upaya untuk memulihkan pasaran ekspot terbesar ini. Keputusan akan menerima semula SBW daripada Malaysia telah pun diperolehi, cuma tarikh sebenar perlaksanaan belum ditetapkan.


Walau apa pun yang berlaku, kejatuhan harga telah memberikan kesan yang negatif kepada kerancakan pembangunan industri walit seterusnya telah menjejaskan usaha orang Melayu untuk meningkatkan ekonomi mereka melalui bidangusaha ini.


Keyakinan kepada industri telah menurun dan dapat dilihat daripada beberapa sudut. Pertamanya, saya dimaklumkan pihak Agro Bank telah tidak lagi mengadakan pinjaman khas untuk pembinaan RBW. Kedua, saya juga melihat bahawa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) juga telah mula hilang keyakinan terhadap projek ini. Sebagai contoh, di MINIMAHA Negeri Sembilan baru-baru ini, pihak jabatan sudah tidak kelihatan terlibat. Ketiga, kita juga perhatikan telah berkurangan publisiti industri dan bidangusaha ini di akhbar-akhbar dan media lain.


Kenapa harus jadi begitu?


Hakikatnya, walau pun harga jatuh ke paras terendah (misalnya RM1,000.00 se Kg), ia masih merupakan satu bidangusaha yang lebih baik jika dibandingkan dengan bidangusaha pertanian yang lain (lihat rajah di bawah ). Apakah bidangusaha pertanian yang mempunyai parameter ekonomi yang setanding dengan walit (pada harga RM1,000.00 se KG)? Dengan lain perkataan apakah hasil pertanian yang boleh dijual dengan harga RM1,000.00 se kilogram? Getah? jauh lebih rendah.



Parameter ekonomi dalam rajah di atas adalah diterjemahkan oleh projek walit berukuran 20'X60' dua tingkat dan berharga RM180,000.00 Di andaikan juga tapak bangunan ialah milik sendiri. Kutipan sarang pula bermula pada tahun ke 3. Jika modal di pinjam, kos pinjaman tidak di ambil kira dalam fakta tersebut.


Satu perkara yang kita misti ingat, projek walit ini hanya memerlukan modal sahaja. Kedua, sekali melabur hasil berpanjangan dan bergenerasi. Projek pertanian lain tidak sedemikian. Projek walit ini hampir tidak memerlukan tenaga buruh. Bermakna juga, kita boleh melakukan satu bidangusaha lain disamping mendapat passive income daripada bidangusaha walit.


Taksiran saya, pada kadar harga RM1,000.00 se Kg pun sudah baik bahkan lebih baik daripada sektor pertanian lain. Berbanding dengan kegiatan ekonomi lain, ia merupakan satu bidangusaha yang palaing "ngam" dengan budaya orang Melayu.


Renungkan fakta ekonomi yang saya paparkan di atas. Ayuh....mari kita teruskan usaha di dalam projek walit ini.


Skian



Dr Azizol Mohd Sharun / Perunding Industri Walit /Penasihat&Penceramah AWTC

Tiada ulasan:

Catat Komen