Isnin, 16 Julai 2012

PENULISAN PERKONGSIAN MAKLUMAT TERKINI


RBW PPRT KELOLAAN JPV TERENGGANU

Kali ini saya mengenengahkan hasil RBW di bawah skim PPRT yang dibina oleh JPV Terengganu sejak tahun 2010. Di Daerah Hulu Terengganu sebanyak 8 buah telah didirikan. Pada masa yang sama, melalui kontrektor yang berlainan, beberapa RBW yang rekabentuknya sama telah juga dibina di daerah Dungun.


RBW ini berskala kecil dan berukuran 10 kaki lebar, 15 kaki panjang dengan ketinggian papan sirip daripada lantai lebihkurang 10 kaki. Bagi saya saiz RBW ini adalah merupakan yang terkecil, paling simple yang pernah dibina oleh JPV dan ditujukan khas bagi golongan PPRT di negeri ini. Harga sebuah ialah RM10,000 sahaja.


Pada peringkat pembinaan dahulu, ramai pihak yang tidak bersetuju dan menyatakan walit tidak akan mendiamai bangunan sekecil ini. Ada juga pihak yang terang-terang menuduh JPV Terengganu tidak pandai serta tidak mengetahui selok-belok pembinaan dan keperluan burung walit. Seterusnya menuduh JPV Terengganu membazirkan wang kerajaan dan akhirnya meninggalkan harapan sahaja bagi golongan PPRT yang terlibat.

Hari ini ternyata kenyataan pihak berkenaan tidak betul. Pada bulan Jun lepas saya telah berkesempatan melawat 2 daripada 6 buah rumah yang berhasil di daerah Hulu Terengganu. Kesemuanya 8 buah telah didirikan. Bermakna 2 buah sahaja yang belum didiami walit.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya rakam, semasa lawatan dibuat.

Kesan daripada "dinding separuh" antara ruang legar dan nesting area, menjadikan suasana dalam nesting area yang gelap. Perhatikan kepingan plywood digunakan.
Semasa saya berada di dalam nesting area ini, suhu dalam bangunan ialah 33.5 selsius. Perhatikan lapisan dalam bangunan menggunakan plywood (gambar bawah). Pada peringkat awalnya kami bimbang menggunakan kepingan plywood ini untuk siling, dan lapisan dinding sebelah dalam. Setakat hari lawatan dibuat, tiada masalah yang wujud berkaitan dengannya.

Hanya terdapat 4 buah tweeter sahaja di dalam nesting area. Papan sirip jinis meranti dan tida beza yang ketara dengan RBW lain. Cumanya papan sudut tidak dipasang.



Saya tidak bersekempatan lagi untuk melawat RBW yang serupa di daerah Dungun. Saya telah di maklumkan di Dungun, satu rumah pun belum didiami walit. Kita semua sedar bahawa daerah Dungun adalah bersebelahan dengan daerah Hulu Terengganu. Apakah walit tahu atau faham persempadanan ini? Satu perkara yang jelas, RBW di Dungun dibina oleh kontrektor berlainan. Kemungkinan suara memikat yang digunakan turut berbeza. Walau apa pun kedua-dua situasi ini memerlukan satu kajian yang mendalam. Jika saya berkesempatan melawat RBW di bawah program PPRT di Dungun, saya akan laporkan sebarang penemuan di dalam blog ini di masa yang akan datang.

Skian.

Dr Azizol Mohd Sharun/PERUNDING INDUSTRI WALIT/PENCERAMAH & PENASIHAT AWTC

Tiada ulasan:

Catat Ulasan